HOMESCHOOLING 2015

HOMESCHOOLING 2016

HOMESCHOOLING 2017/2018

RESEPI UMMU ANAS

Thursday, 14 March 2019

SYUKUR DAN SEDIA MENDEPANI CABARAN




Dah masuk bulan ke-3 (2019). Rasanya sudah semakin serasi dengan rutin baru. Tambahan pula kini kandungan sudah masuk 4 bulan, segala morning sickness beransur pergi, aku dah rasa makin sihat bertenaga. Selera makan pun, sama macam sebelum mengandung dulu :D (ini yang bahaya ni!)


Tika suami ada di rumah dan tiada di rumah, ia dua cerita yang berbeza. Ketika dia tiada, sudah tentulah lebih mencabar, tapi insya Allah masih dalam keupayaan.


Rutin bermula sebaik bangun dari tidur, kejutkan anak seawal yang boleh, dan inilah part mencabar bila masing-masing susah nak buka mata. Pulak tu ketiganya perlu dikejutkan sekaligus sebab perlu ‘angkut’ semua ke sekolah. Dah bangun, masuk bilik air, susah pulak nak keluarnya. Dah siap mandi berbungkus dalam tuala mandi, kena sound banyak kali barulah bergerak pakai uniform sekolah . Pastu panggil pulak breakfast, pastikan semua keperluan ke sekolah lengkap, barulah bergerak ke sekolah. Lepas dah hantar dua beradik tu, tamatlah drama di awal pagi. 


Di rumah melayan Miqdad pula. Layan selagi nak dilayan. Baca buku, melukis, main toys, sampai dia boleh ditinggalkan buat hal sendiri.   Tv, sebolehnya cuba elakkan. Kalau dia sihat, Alhamdulillah tak susah nak jaga. Tapi jika kurang sihat, alamatnya banyak kerja tertangguh sebab dia sentiasa nak ummi ada dekat. Masa nilah nak mengemas rumah, masak, buang sampah, basuh dan jemur kain, siram pokok dan sebagainya-bergantung pada kemampuan dan kesempatan yang ada. 


Pukul 12 ambik Mussaab dari sekolah, layan makan minum Mussaab dan Miqdad, lepas tu biarkan buat aktiviti sendiri. Mussaab yang dah pandai buka YouTube kadang-kadang melekat depan tv tu. Kadang-kadang buat aktiviti dan main dengan adik. Masa ni releks sikitlah, Miqdad dah ada kawan bermain. Sempat juga la nak lelapkan mata sekejap sementara tunggu masa nak jemput Anas pula.


Pukul 3.30 Anas tamat sessi  sekolahnya (kalau jumaat sampai pukul 12). Hampir jam 4 sampai rumah, petang hari siapkan makan malam, dan buat apa yang patut ikut kerajinan :D anak-anak masa ni asyik depan tv. Tak pun keluar main sekejap di luar. Dan kerap juga kawan Mussaab (Hafiz) datang bermain di rumah. Ummi just perhatikan, ada yang tak kena ‘bebel’ juga. Biasalah tu. Seorang diri nak contol semua memang tak boleh duduk diam sangatlah ummi :D


Jam 7 malam kerah semua askar naik mandi dan bersiap untuk solat, baca Quran dan tidur. Tak boleh turun bawah dah. Lepas isyak ‘wajib’ tidur semua. Alhamdulillah semua senang tidur sebab siang hari memang tak tidur (kecuali Miqdad). Dan biasanya jam 9 malam dah sunyi sepi dah rumah. Ummi pun slowly dapat bernafas lega, lepaskan penat semua, dan buat apa yang suka (atau sambung kerja yang belum siap) sebelum tidur.


Alhamdulillah. Bukan nak merungut, bukan mengungkit, bukan rasa terbeban. Bahkan bersyukur atas kehidupan yang dilalui seharian bersama anak-anak. 


Syukur ada anak-anak menemani setiap hari. Syukur anak-anak sihat, sedangkan ramai di luar sana ibu-ibu dalam kesedihan menjaga anak yang sakit. Syukur masih ada suami yang banyak membantu di ketika adanya, sedangkan ramai wanita kuat dan gigih di luar sana teruji dengan suami yang tak sudi untuk memahami apalagi membantu, bahkan ada yang terpaksa berdiri di kaki sendiri menguruskan anak-anak lantaran ketiadaan suami asbab kematian atau perceraian. Syukur pada rezeki yang sentiasa mencukupi, sedangkan masih ramai yang hidup cukup-cukup makan di luar sana, bahkan ada yang hidup dengan menagih simpati orang.


Banyak nikmat yang tak terhitung, untuk aku syukuri dan ingatkan diri setiap masa. Apalah sangat ‘susah’ yang sedang aku depani ini berbanding nikmat dan kelebihan yang Allah kurniakan. Bahkan setiap kesusahan pasti disusuli dengan kesenangan. Berganda-ganda lagi...


MAKA NIKMAT TUHAN YANG MANA LAGIKAH YANG INGIN AKU DUSTAKAN???









No comments:

Post a Comment