HOMESCHOOLING 2015

HOMESCHOOLING 2016

HOMESCHOOLING 2017/2018

RESEPI UMMU ANAS

Tuesday, 5 March 2019

DIARI ANAKKU: 050319




Hari ni abi bertolak ke KLIA jam 5.30 pagi, untuk penerbangan ke Labuan. Miqdad yang terbangun ketika abi siap untuk pergi, menangis mahu mengikut abi. Semahunya menangis, sampai abi pergi dan ummi tidurkan Miqdad, sebelum bersiap solat subuh dan kejutkan Anas dan Mussaab.


Azan subuh, ummi kejutkan Anas dan Mussaab. Seperti biasa, bab kejutkan tidur sedikit mencabar. Dah bangun, mandi, pakai baju sekolah, solat subuh, sarapan dan menunggu masa untuk ke sekolah. Miqdad masih lena. Nampaknya sepanjang minggu ini ummi yang perlu hantar dan ambil Anas dan Mussaab sekolah. Maknanya, semua kena bangun pagi dan ‘diangkut’ ke sekolah sekaligus. Sebelum ini agak bernasib baik sebab kerja abi selalu ‘kena’ pada weekend, tapi minggu ni lain pula jadualnya. Maka ‘busy’ dan mencabar sikitlah untuk ummi minggu ni.


Pukul 7 keluar dari rumah. Mussaab minta hantar dia dulu di sekolah. Walaupun masih awal, takpelah hantar Mussaab dulu. Lepas tu terus hantar Anas. Singgah beli nasi lemak untuk Miqdad, dan terus balik ke rumah. Sampai di rumah sekitar jam 7.40 pagi. Suapkan Miqdad makan, mandikan Miqdad dan melayan Miqdad main iPad dan baca buku. 


Jam 10.30, tidurkan Miqdad pula. Lena Miqdad tidur. Sempat ummi jemur kain dan masak. Jam 12, ummi kejutkan Miqdad sebab dah sampai masa untuk ambik Mussaab di sekolah. Miqdad bangun dan menangis seketika. Belum puas tidur, tapi ikut juga ummi naik kereta. Lepas ambik Mussaab terus balik dan makan tengahari bersama. Bertiga saja hari ni. Alhamdulillah kenyang semua. Sempat video call abi yang tengah berehat di hotel. Lepas makan Mussaab buka tv dan menonton video upin ipin bersama Miqdad. 


Masuk waktu zohor, ummi naik ke atas dan bersiap untuk solat. Mussaab dan Miqdad juga naik sekejap, lepas tu turun balik dan menonton video lagi. Ummi terlena sendirian di atas. Biarkan saja Mussaab dan Miqdad di bawah. Asyik keduanya, langsung tak naik mencari ummi. 


Jam 3 ummi turun ke bawah. Tengah menonton video lagi. Mainan dan barangan lain juga terusik dan sedikit bersepah, maknanya sempat buat ‘aktiviti’ time ummi tidur. Mussaab panjat sana sini mencari salotape tapi tak jumpa. Bersiap nak ambik Anas pula di sekolah. 


Keluar dari rumah jam 3.10 petang. Cuaca sangat panas, macam biasa. Sampai di sekolah jam 3.25. Lebih kurang 15 minit menunggu, Anas keluar dari kelasnya. Terus balik ke rumah. Sampai rumah hampir jam 4 petang. Main sebentar, kemudian giliran Anas pula menonton video. Mussaab dan Miqdad tumpang sekaki walaupun bukan video favourite. 


Lepas solat asar semua mengadu kelaparan. Ummi goreng ayam, makan dengan bihun goreng. Nasi pun masak juga. Semua makan bersama. Lepas makan lepak depan tv lagi sementara ummi kemaskan meja dan dapur. Lepas tu keluar bermain di halaman dan berbasikal di luar rumah. Lepas main masuk rumah dan sambung video lagi, sambil beraksi depan tv. 


Jam 7 naik mandi, bersiap untuk solat Maghrib, baca Quran, Iqra’, hafazan, dan reading session untuk Mussaab. Sekali lagi video call dengan abi yang masih di hotel. Esok pagi abi akan ke laut, tak dapat dah nak video call. Dah selesai semua, sambung baca buku, menulis ‘dairi’, dan menunggu waktu untuk solat isyak. Lepas solat isyak, bersedia untuk tidur. Miqdad yang pertama lena, kemudian Mussaab dan akhir sekali Anas. Jam 9.30 dah lena semua. Sunyi sepi sudah rumah. Alhamdulillah. Semoga bermimpi indah semuanya. 


Semoga hari esok menjanjikan yang lebih baik untuk Anas, Mussaab dan Miqdad. Semoga Allah menjaga abi dan kita semua. Moga bersatu dan berbahagia kita hingga syurgaNya. آمين

No comments:

Post a Comment