28/10/18
Colouring contest
Anas dan Mussaab menyertai pertandingan mewarna di Little Diamond Kindergarten untuk kali kedua. Dulu mula berkenalan dengan Little Diamond pun ketika menyertai pertandingan mewarna juga. Kini dah setahun berlalu. Anas dan Mussaab adalah sebahagian daripada ‘Little Diamond’ yang sedang bergemerlapan di situ. Alhamdulillah :)
Tahun lepas Anas dan Mussaab hanya berjaya dapat hadiah saguhati, tapi berbeza tahun ini keduanya mendapat tempat kedua. Alhamdulillah. Maknanya skill mewarna masing-masing dah semakin baik, especially Mussaab. Ingat lagi tahun lepas (Mussaab 3 tahun lebih masa tu ) dapat je kertas terus ‘warna’kan gambarnya dengan hanya satu warna, dan menjadi peserta pertama yang siap. Tapi Alhamdulillah dapat juga hadiah. Dapat nombor berapa pun tak kisah, yang penting dapat hadiah :D
Tapi semalam Mussaab berjaya mewarna dengan sangat cantik (biarlah ummi puji) antara peserta terakhir yang siap, tapi tak sempat color full picture sebab teruja tengok maskot minion datang. Tapi Alhamdulillah dapat juga tempat ke-2.
Anas juga sama. Anas ummi tahu dia kurang berminat mewarna, tapi setiap kali ada pertandingan mewarna dia mesti nak join. Skill mewarna takdelah hebat, tapi semakin baik. Insya Allah. Anas lebih suka melakar, berbanding mewarna, cuma sejak akhir-akhir ini tunjuk kan minat untuk mewarna. Jika sebelum ni dinding rumah penuh dengan lukisan, tapi sekarang dia dah start tampal karya mewarna dia pula. Dinding rumah tu kalau tak penuh dengan ‘karya’ yang bertukar ganti memang tak sah :) tapi takpela ummi dan abi raikan, biarpun rupa rumah dah macam galeri lukisan :)
Gambar di sekitar pertandingan mewarna hari ini;
Open Day Little Diamond Kindergarten
Selain pertandingan mewarna, hari ini sebenarnya merupakan Open Day Little Diamond Kindergarten. Ada sedikit taklimat diberikan kepada ibubapa yang berkesempatan untuk hadir. Untuk ibubapa yang sudah mempunyai anak di Little Diamond Kindergarten, ia sekadar untuk ‘refresh’ segala maklumat tentang sekolah itu, dan untuk ibubapa yang baru nak mendaftar atau sekadar untuk berkenalan dengan sekolah ini, teacher Zeeda memberi penerangan dengan sangat jelas sekali.
Antara isi penyampaian untuk diberi perhatian, pertamanya tentang guru di sekolah itu sendiri. Teacher Zeeda sebagai principal tadika, insya Allah punya kelayakan yang diyakini untuk menerajui sekolah dan anak-anak dengan baik. Begitu juga guru-guru pembantu yang lain, Insya Allah di kalangan yang sudah ‘terpilih’ untuk memberikan pendidikan berkualiti kepada anak-anak di Little Diamond Kindergarten. Tambah lagi, keikhlasan dan kesabaran dalam mendidik dan melayani anak-anak yang pelbagai ragam dan karenah, akan menjadikan sekolah ini tempat yang ‘membahagiakan’ untuk anak-anak tuju setiap hari :)
Tak kurang penting, adalah apa yang mereka ‘ingin berikan’ kepada anak-anak kita.
Antaranya, (sebagaimana yang diterangkan) pada umur 6 tahun anak-anak sudah beroleh kemahiran asas membaca, menulis dan mengira sebagai persediaan untuk melangkah ke sekolah rendah.
Lagi , anak-anak didedahkan dengan kaedah pembelajaran yang pelbagai, untuk anak-anak ini akhirnya menjadi anak-anak yang multimodal learner, di mana nanti anak-anak akan mudah faham dan dapat grab semua ilmu walau dalam apa bentuk penyampaian sekalipun yang mereka bakal terima.
Yang penting juga, sekolah ini meraikan fitrah anak-anak kecil melalui kaedah pembelajaran yang fun, creative dan ‘banyak main’. Insya Allah anak-anak akan seronok di sekolah mereka. Sebagaimana Anas dan Mussaab yang sentiasa bersemangat untuk ke sekolah setiap hari :)
Dan yang tak kurang penting adalah untuk menerapkan nilai-nilai baik/Islamik dalam diri anak-anak (sebenarnya ini yang lebih utama, tapi bukan hanya terletak di bahu sekolah kan). Dari sekecil-kecil nilai seperti mengucapkan terima kasih dan maaf, adab ketika makan dan minum, memberi salam dan menghadiahkan senyuman, hingga sebesar-sebesar nilai dan akhlaq yang diajar Agama, itulah juga yang cuba ingin diterapkan di dalam diri anak-anak. Tapi sekali lagi, ia bukan hanya tugas dan tanggungjawab sekolah. Bab akhlaq, perlu kepada role model, siapa yang lebih dekat dengan anak-anak? Kitalah, ibubapa mereka kan ;) hmmm. Peringatan untuk diri sendiri :)
Gambar di bawah adalah antara isi penyampaian berkenaan Little Diamond Kindergarten yang diterangkan kepada ibubapa (rujuk gambar lebih senang kan :)) nak lebih jelas, perlu datang sendiri ke sekolah dan dapatkan maklumat tepat dan benar dari principalnya :D
Info sepintas lalu
(Harapnya ia bukan hakcipta terpelihara)
Tamat sudah cerita Open Day Little Diamond Kindergarten dan Coloring Contest yang disertai Anas dan Mussaab. Kini sudah pun di bulan November 2018. Kurang sebulan saja lagi anak-anak akan bercuti panjang dan seterusnya melangkah ke tahun baru, Anas bakal bersekolah di sekolah barunya, insya Allah di SRAI Pekan Beranang, dan Mussaab (5 tahun next year) insya Allah masih di Little Diamond Kindergarten.
Masih banyak yang ummi nak tulis sebenarnya. Insya Allah entri akan datang, akan cerita lagi, catatan perjalanan anak-anak ummi yang ummi tak mahu tertinggal sedikitpun (tapi hakikatnya tak terkejar, nak menulis lagi, nak mengurus rumah dan anak-anak lagi)sekadar yang ummi mampu dan sempat.
Semoga akan sentiasa success anak-anak ummi. Kalian yang masih di awal perjalanan, perlahan melangkah, berhati-hati berpijak, agar tiada penyesalan meneruskan hari muka. Jatuh bangun itu biasa, tapi jangan sekali berputus asa. Kuat dan kentallah!
Selagi ummi dan abi ada, akan selalu menyokong dan mendoakan. Akan sentiasa jadi teman untuk meluah dan bersandar.
Tika lelah, rehatlah sebentar, tenang, sangka baik pada Allah, kumpul kekuatan secukupnya, dan bangkit, terus bangkit, terus berjalan meski perlu berlari, teruskan. Kamu akan temui apa yang terbaik untukmu, dengan kehendak dan takdirNya. Asal saja kamu sentiasa yakin padaNya anakku!!
Kerana meski tanpa ummi dan abi, DIA akan sentiasa ada untukmu anakku!
No comments:
Post a Comment