Baru-baru ini berkesempatan balik ke kampung, selepas kepulangan terakhir kami iaitu pada hari raya Aidiladha yang lepas. Kebetulan Suami bercuti seminggu, tambah pula dengan cuti Hari Malaysia 16 September, dan tambah lagi cuti sendiri Anas dan Mussaab 2 hari :D dapatlah 5 hari semuanya termasuk perjalanan pergi dan balik. Alhamdulillah :)
Sebenarnya kami ada plan juga nak bercuti di tempat lain selain ke kampung. Kiranya nak singgah di mana-mana lokasi best dan terdekat. Suamiku plan nak ke Hadyai Thailand, tak jauh sangat pun dari rumah mak mertua di Kota Bharu. Plan juga nak ke Pulau Perhentian, macam best, sebab kami tak pernah ke sana. Tapi sekadar plan berdua je, tak cakap pada Anas dan Mussaab. Sebab mungkin jadi, mungkin juga tak jadi. Maklumlah, cuti bukannya lama. Dapat balik kampung pun kira dah syukur sangat :)
Nak dijadikan cerita, hari kami balik ke rumah mak mertua iaitu pada 15/9/18, kebetulan adik iparku Azim dan family tengah bersiap nak bercuti di Setiu Terengganu. Mereka dah booking hotel, dah siap semua pakaian, singgah dulu di rumah mak. Mereka pelawa kami untuk bersama mereka. Mereka pun tak sangka agaknya akhirnya kami setuju nak ikut, padahal baru saja sampai di rumah mak :D Mak pula memang tak nak ikut, so kami 2 keluarga sajalah yang pergi.
Aku pun sebenarnya tak bersedia nak ikut, dah penat bermusafir tadinya dari jeli, kemudian singgah di Pengakalan Kubor dan kedai pakaian bundle di Kota Bharu, sebelum sampai ke rumah mak. Tapi bila suamiku kata nak pergi juga, maka ikutlah kami. Oh ya, sebelum bertolak sempat lagi kami singgah makan kenduri di rumah kenalan mak di kampung berdekatan.
Selesai makan kenduri, sekitar jam 3 petang, kami bertolak menaiki kereta adik iparku. Mereka bersama 4 anak mereka, dan kami bersama 3 anak kami, 11 orang semuanya.
Nak dijadikan cerita lagi, kami sekeluarga sebenarnya masih belum ada tempat penginapan. Cek bilik di hotel yang dibooking adik ipar tadi, rupanya dah full ,:)
Dalam perjalanan tu jugalah ‘mencari’ tempat penginapan, call sana sini. Kebanyakan hotel dah penuh, maklumlah hari minggu. Ditambah dengan cuti umum lagi, semua orang nak berjalan makan angin :D
Akhirnya dapat juga booking bilik di Dee Wana Resort, lokasinya di Pantai Bisikan Bayu, Pasir Putih. Maknanya, adik ipar terpaksa cancelkan penginapan mereka di Setiu tadi dan lokasi percutian kami lebih dekat, iaitu kira-kira sejam setengah perjalanan dari rumah mak.
Kami check in di Dee Wana Resort jam 4.30 petang. Selesai solat asar, suamiku, azim adik iparku, dan anak-anak kami terus ke kolam untuk mandi. Hujan turun renyai, namun mereka tetap leka dan seronok bermain kolam. Selesai mandi kolam, menuju ke pantai pula. Sekali lagi basah kuyup bermain air pantai.
Hampir masuk waktu Maghrib, semua masuk ke bilik penginapan (apartment 2 bilik). Mandi, solat maghrib dan bersiap untuk keluar makan malam. Restoren ikan bakar menjadi pilihan kami malam ini. Menu ikan bakar, siakap 3 rasa, tomyam, udang dan sotong goreng celup tepung menjadi santapan kami malam ini. Alhamdulillah semua kekenyangan dan mata juga dah mengantuk. Balik ke bilik, dan tidur dengan sangat lena.
Hari kedua, kami menikmati pemandangan pagi di tepian Pantai Bisikan Bayu. Anak-anak sekali lagi basah kuyup bermain air. Kemudian kami bersarapan bersama di dewan makan Dee Wana Resort, dan selepas itu sekali lagi anak-anak diberi peluang bermain di kolam.
Selesai mandi di kolam, berkemas dan bersiap, kami check out dari Dee Wana Resort sekitar jam 10 pagi dan bertolak balik ke Kota Bharu.
Alhamdulillah. Sebuah percutian pendek yang tak dirancang. Terima kasih pada Azim dan Nasibah yang sudi ‘bawa’ kami bersama untuk makan angin di pantai. Rasa bersalah juga sebab plan asal mereka nak bercuti di Terengganu terpaksa dibatalkan. Hmmm...
Apapun seronok dapat spend masa sesekali dengan family yang jarang berjumpa. Kali terakhir bercuti bersama Azim and family rasanya pada tahun lepas (Mac/April) di Penang. Sebelum tu pernah ke Cameron Highland, dan Kota Kinabalu bersama dengan mereka dan ahli keluarga yang lain juga. Alhamdulillah. Semoga percutian singkat ini tetap memberi erti buat kita. Sekurang-kurangnya mendekatkan lagi ikatan yang mungkin dirasa jauh. Lepaskan lelah dan penat (tapi bukan rehat sangat pun bila dengan anak-anak kecil :D) sebelum masing-masing kembali menghadapi kesibukan hari bekerja dan bersekolah.
Alhamdulillah
Percutian kami;
Jeli-KB
Singgah pengkalan kubor membeli coklat
Singgah kedai pakaian bundle-premium outlet baby kids
Siap untuk bertolak
Mandi kolam Dee Wana Resort
Pantai Bisikan Bayu- petang hari
Buaian di tepi pantai
Pagi 16 Sept- menikmati pemandangan di tepi pantai
TAMAT :)
No comments:
Post a Comment