HOMESCHOOLING 2015

HOMESCHOOLING 2016

HOMESCHOOLING 2017/2018

RESEPI UMMU ANAS

Saturday, 16 September 2017

MIQDAD: 11 MONTHS OLD



September ini, genap usia Miqdad 11 bulan. Lagi sebulan cukuplah usia Miqdad setahun. Alhamdulillah. Memang cepat masa berlalu kan.

Miqdad sekarang dah makin cerdik. Comel sudah semestinya :) comel tersenyum dan ketawa. Menangis pun comel :)

Miqdad masih belum boleh berjalan sendiri, tapi dalam usaha nak berjalan. Miqdad masih perlukan sokongan untuk melangkah. Langkah Miqdad laju bila ada 'sesuatu' untuk berpaut. Kadang-kadang Miqdad berjalan dengan menolak kerusi/bakul/kotak. Kadang-kadang dengan bergantungan di baju/seluar abi atau ummi. Sesekali tanpa disedari Miqdad berdiri sendiri tanpa sokongan untuk beberapa saat :)

Sehingga usia 11 bulan, Miqdad kerap travel balik kampung. Perjalanan jauh dah jadi perkara biasa buat Miqdad. Dan pernah sekali Miqdad travel menaiki kapal terbang pada usianya 4 bulan setengah. Antara tempat yang sudah Miqdad jejaki ialah Sabah, Penang, Melaka, dan Cameron Highland. 

Alhamdulillah, kesihatan Miqdad baik walaupun pernah diuji dengan demam beberapa kali. Pernah terkena jangkitan kuman di hidung. Pernah jatuh di dalam kereta hingga luka berdarah, dan batuk selesema biasa. Alhamdulillah atas segalanya. 

Selera makan Miqdad juga baik. Namun sesekali ada juga menolak makanan yang disuap. Tapi oleh kerana Miqdad masih menyusu badan sepenuhnya dan menyusu dengan baik, tak ada apa yang perlu dirisaukan. Insya Allah ummi akan teruskan penyusuan badan hingga umur Miqdad 2 tahun atau lebih, seperti Anas dan Mussaab. Semoga rezeki Allah sentiasa ada untuk Miqdad :)

Syukur ummi panjatkan pada Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang. Alhamdulillah, Allah kurniakan Miqdad kesihatan dan kecerdikan. Semoga membesar bersama abang-abang dengan baik, saling menyayangi, mengambil berat dan saling mendoakan. Ummi sayang semuanya kerana Allah.



Harta ummi dan abi dunia akhirat

No comments:

Post a Comment