HOMESCHOOLING 2015

HOMESCHOOLING 2016

HOMESCHOOLING 2017/2018

RESEPI UMMU ANAS

Monday, 11 September 2017

CAMERON HIGHLAND: AKU JATUH CINTA

5/9/17: sekali lagi kami sekeluarga diberi kesempatan untuk meluangkan masa bersama di Cameron Highland. Entah kali ke berapa kami ke sini, aku juga sudah lupa. Namun aku sudah lama jatuh cinta pada tempat ini :)

Kali pertama 
Aku mula menjejakkan kaki ke Cameron Highland ketika aku masih belajar di matrik Uia. Sekitar tahun 2004/2005 kalau tak silap. Ketika itu aku hanya mengikut abang sulungku dan keluarganya ke sana untuk meraikan family day anjuran sekolahnya. 

Kali pertama datang, aku dah mula jatuh cinta. Aku sukakan tempatnya yang sejuk dan tenang. Hingga terlintas di hati, satu hari nanti nak honeymoon kat sini. Haha.

Honeymoon 
Allah kabulkan 'rasa ingin'ku tanpa pernah aku duga. Selepas berkahwin (2010), suamiku membawaku ke sini lagi. Ya, selepas yang pertama dulu, ini yang kali kedua buatku. Dulu bersama abang, kini bersama suami pula. Bersama yang tercinta, segalanya terasa lebih indah di sini :)





Anas 6 bulan
Selepas honeymoon, kami tak jejak Cameron Highland lagi, hinggalah kami mempunyai anak. Untuk pertama kali, Anas menjejakkan kakii ke Cameron Highland pada usianya 6 bulan (2012). Dulu berdua, kini bertiga pula. Antara tempat yang kami kunjungi di Cameron Highland bersama Anas ialah Time tunnel cafe, Cactus point dan singgah di lata iskandar.




Mussaab 9 bulan
Seterusnya datang ke Cameron Highland lagi, membawa Mussaab pula yang berusia 9 bulan (2014). Tempat yang menjadi persinggahan kami juga sama seperti sebelumnya iaitu time tunnel cafe dan cactus point. Pertama kali juga kami masuk ke time tunnel yang menyimpan khazanah dan cerita sejarah Cameron Highland. Selain itu kami juga ke ladang teh Bharat, dan singgah lagi di lata iskandar.


Selepas itu kami mula sering mengunjungi Cameron Highland. Selain berempat, pernah juga kami datang bersama ahli keluarga yang lain termasuk mak mertua dan adik beradik suamiku. Entah sudah berapa kali. Aku juga sudah lupa :)


Miqdad 2 bulan
Miqdad menjejakkan kaki ke Cameron Highland pada  usianya 2 bulan (2016). Kali ini hanya singgah sebentar saja di time tunnel cafe dan lata iskandar. Menyambung perjalanan kami dari Kelantan ke Semenyih.



Apa yang menjadi kesukaan kami di Cameron Highland ialah menikmati kopi strawberry di time tunnel cafe, makan jagung dan ubi rebus, dan strawberry bersalut coklat. Dan pastinya kami sangat sukakan kesejukan di tanah tinggi itu :)

Antara tempat lain yang pernah kami kunjungi juga ialah seperti Kea Farm, pasar sayuran dan barang hasil Cameron Highland, Big Red Strawberry farm, ladang teh boh, taman rama-rama, taman permainan di tanah rata, taman agro mardi, dan juga pasar malam di Brinchang.

Sebenarnya walaupun kerap ke sana, masih banyak lagi tempat yang masih belum kami jejak. Suamiku berhasrat untuk naik ke gunung Brinchang. Mungkin di masa akan datang kami juga akan sampai ke situ pula. 

Yang pastinya Cameron Highland menyimpan 1001 kenangan indah buatku dan keluargaku. Aku jatuh cinta pada tempat ini sejak pertama kali menjejakkan kaki. Dari mula berkahwin, hingga anak 3, ia masih menjadi tempat persinggahan yang tak pernah menjemukan. 

Insya Allah. Ada rezeki akan datang lagi.



The latest moments






No comments:

Post a Comment