Sincero pressure cooker- kami beli pada bulan Jun 2017 di cj WOWshop secara online. Konon-kononnya nak guna untuk masak pada hari raya puasa. Tapi tunggu punya tunggu periuk tak sampai-sampai. Lepas raya barulah kami pergi tuntut di pejabat GDEX.
Puas aku google resepi yang menggunakan pressure cooker ni. Tapi satu pun tak jumpa. Agak terkulat-kulat juga la nak pakai sebab baru kan :) walaupun ada manual tapi masih blur-blur juga. Tapi try juga la. Kalau resepi noxxa dan philips berlambak orang share. Boleh juga buat panduan, tapi ada perbezaannya.
Pertama kali, guna untuk masak nasi beriani. Sangat mudah dan cepat. Sama je rasanya dengan periuk noxxa yang famous tu. Cuma yang ini lebih murah dan kurang menjadi sebutan :) kalau ikutkan, banyak jenis pressure cooker yang terdapat di pasaran, yang datang dari pelbagai jenama. Tapi harganya boleh tahan juga :) Alhamdulillah, syukur rasanya dapat sambar satu :D
Lepas guna untuk masak nasi beriani tu, terus tak guna dah. Simpan je dalam kabinet dapur. Entahlah, mungkin sebab masak dalam jumlah yang sikit, rasa tak berbaloi nak guna periuk yang besar tu :)
Semalam, sempena hari raya aidiladha, periuk tu sekali lagi membantu memudahkan kerjaku. Untuk hidangan pagi raya, aku masak nasi dagang dengan menggunakan pressure cooker. Secepat 12 minit (lebih kurang), siap nasi dagang yang diharapkan. Petangnya pula, masak daging singgang dengan menggunakan pressure cooker sekali lagi. Masukkan daging dan bahan-bahan semua, tak sampai sejam singgang dah siap untuk disantap. Daging juga lembut dan empuk. Sedap sangat!
Alhamdulillah. Terima kasih suamiku kerana berkorban wang ringgit untuk pressure cooker ini. Insya Allah, nanti akan cuba masakan yang lain lagi. Pastikan pelaburan ini berbaloi ;)
My sincero pressure cooker
Percubaan pertama: Nasi Beriani
Singgang daging
Boleh buat daging yg kering x..mksud xde kuah sgt.. Tekan apa ek..huhu bru beli tp xtahu guna..
ReplyDeleteNak masak apa sis? Soup/stew tu boleh je utk yg kurang berkuah. Kalau perlu menumis tekan je dulu butang soup/stew, masuk minyak dn tumis mcm biasa. Lepas masuk daging just tutup dn tunggu masak. Ke masak yg mcm mana sis maksudkan? Sy pun cuba2 je 😅
DeleteSy pun bru beli tp xtau nk guna sgt...kalo nk buat rendang ayam nk tekan apa...hari tu tekan stew air xkering2
ReplyDeleteOh sy x pernah masak rendang. Mgkin boleh buat mcm ni sis. On butang soup/stew. Tumis mcm biasa jika perlu tumis. Dh masuk ayam, tutup dn tambahkan masa. Kalau x kering jg lepas tu cuba tambah masa lagi, biarkan menggelegak tanpa perlu tutup. Biar sampai air kering. Cadangan saja :) trial n error. Hehe.
DeleteButang utk rendang Dah ada...2 jam rasanya
DeleteBaru gak beli sincero ni...tp x guna lagi...cdg nak masak nasi daging @ seangkatan nasi le...nk tumis dlm tu terus...nk tekan apa ye...
ReplyDeleteKalau menumis sy biasa tekan butang soup/stew tu. Selesai menumis dn masukkan beras dn semua bahan tukar ke butang rice/risotto :)
DeleteBaru gak beli sincero ni...tp x guna lagi...cdg nak masak nasi daging @ seangkatan nasi le...nk tumis dlm tu terus...nk tekan apa ye...
ReplyDeleteMcm nk tahu masakn kita sudah msak....
ReplyDeletekalau time dia dh kembali 0.00 dh masak la sis :)
ReplyDeleteKlu nk stim ayam kena tekan butang apa yer. ..air kena masuk byk ka
ReplyDeletesy x pernah jg stim ayam. sayur pernah, pakai vegetable steam tu kan. rasanya ayam pun boleh. try tambah masa. air tak perlu atau letak sikit, ayam lapik dgn alas yg x mencecah air tu. cuba je sis. x cuba x tau kan :)
ReplyDeleteSaya dah 2 kali masak sup tulang je.. yg lain resepi belum cuba lagi sbb tak ramai tak berbaloi nak masak..
ReplyDeletebetul tu :) sekali sekala org dtg boleh kot pakai utk masak dlm kuantiti yg byk :)
ReplyDeleteahmad Ali: butang yg mana ya
ReplyDeleteAs salam.. Saya nk masak sup & nak tumis dulu bhn2 nya..mcm mana nk menumis guna pressure cooker ni?
ReplyDeleteKlu nk kukus,cthnya mcm pau, kena letak air ke kat bwh nya?
utk masak sup tekan je mode soup/stew tu. masukkan minyak dn tumis mcm biasa. dh masuk air dn semua bahan, tutup periuk dn reset balik (soup/stew). utk kukus pula masukkan sikit je air, jgn sampai pelapik yg kita letak tu cecah air
ReplyDeleteMasa menumis tu tak perlu tutup dgn penutup tu ye sis?
DeleteTak perlu. Masa tumis guna saute
DeleteSama saya juga tu masak sup tulang saja.. resepi lain belum cuba..
ReplyDeletemenumis x perlu tutup sis :)
ReplyDeletebyk pula komen dn pertanyaan d entri ni. maaf kalau terkurang dlm menjawab ye, sy pun x arif sgt lg pasal periuk ni, byk guna utk memasak nasi (aneka nasi) je.
ReplyDeleteAlhamdulillah....dpt jgk info mengenai sincero pressure cooker ni.tq sis naemah ismail👍👍👍
ReplyDeleteSama2 sis :)
DeleteKenapa bila tggu 25 minit rebus daging.. X stop2 jugak periuk ni... Duk pusing2 xberhenti 00:00 pon.. Mohon bantuan..
ReplyDeleteYeke. X pernah terjadi pulak mcm tu. Maaf sis sy pun x tahu nk bg solusi... biasanya tekan button dia tu lepas tu tinggal je, bila masa kembali 00:00 boleh buka periuk tu.
DeleteNk masak rendang daging tekan meat/stew tp berkuah lak...leh tunjuk ajar
ReplyDeleteTambah masa guna saute. Tunggu hingga kering
Deletemgkin boleh tambah masa, x perlu tutup periuk, biar hingga airnya kering
ReplyDeleteNak bakar atau panggang ayam tekan apa?
ReplyDeletesalam..mmg masa guna periuk tu bole bukak tutup ye?
ReplyDeleteMasa menumis boleh buka. Kalau dh tutup dan set masa semua, xleh buka dh
ReplyDeleteSalam sis..hehehe..maaf laa nak tanya..saya baru menggunakan ia..macam mana cara nak guna priuk sincero ni masak rendang
ReplyDeletebr bli tp xpnh guna lg... hrini br nk try masak nasi.. xpndai guna .. blh ajar x mula2 nk tekan kt mane ... dh stgh jam dh nasi xmasak2 lg..
ReplyDeleteSy pun same. Puan buat mcmmane ye?
DeleteJust tekan mode rice/risotto je sis.dh masak dia akan berbunyi
ReplyDeleteUntuk masak daging tekan soup ke untuk proses tumis dan seterusnya
ReplyDeleteI mean masak kari daging
DeleteYe betul.
ReplyDeleteSis nk tnya, tempat nk release steam tu mmg loose / longgar ke? Sy bru beli and bila check, tmpt release steam tu mcm tak ketat. Risau gak klu rosak ke
ReplyDeleteMemang longgar sis
DeleteSis pakai first time ada bt canning mode tak? Macam mana ye nak buat?
DeleteSalam. X buat plak sis
DeleteSALAM NAK TANYA KALAU NAK BAKAR AYAM TEKAN APA YE?
ReplyDeleteSy nk masak rendang ..tapi x kering2 nk tekan butang
ReplyDelete1.mula tekan butang function kn
2.tekan butang cook time selector
Masa kita tekan butang cook time selector kita nk buat apa ..lpstu kita tekan butang start ..sy x faham masa tekan butang cook time selector
Saya baru guna pressure cooker setelah 3 bulan beli, nak cuba buat kastard jagung, boleh ke? Mcm mana cara ye?
ReplyDeleteCamna nak goreng bihun
ReplyDelete