Membaca kembali catatan lama: CETUSAN IDEA DAN TEKNIK HAFAZAN
Catatan tentang hafazan Anas satu ketika dulu. Segalanya bermula ketika Anas berumur 3 tahun. Terasa sayu dan syahdu membaca semula bagaimana Anas memulakan hafazan juzuk ammanya. Bertambah syahdu bila semua itu hanya tinggal kenangan, kerana hafazan tak diteruskan lagi pada hari ini :(
Dan sedikit kesal, kerana untuk Mussaab, masih belum dimulakan dan sudah jauh ditinggalkan.
Jika mahu nyatakan alasan, terlalu banyak alasan yang nak diberikan :)
Untuk Anas dulu memang sangat mudah, boleh dikatakan tiada sebarang halangan. Step by step sebagaimana plan, semuanya berjalan lancar. Hampir tiada gangguan. Maklumlah dia yang sulung, dan adik pun kecil lagi masa tu :)
Sampai turn Mussaab, ada cabarannya tersendiri hingga ummi tak mampu nak fokus pada hafazan lagi.
Untuk Anas, hafazan juzuk amma masih belum complete sebenarnya. Dan yang lama juga dah tak diulang baca lagi. Rugi sangat kan? Kini hanya fokus pada ‘membaca’ al-quran semata. Niat di hati nak mulakan semula hafazan pada tahun depan. Insya Allah.
Untuk Mussaab pula, kini masih bertatih membaca huruf hijaiyyah dari awal. Tak apa lambat, insya Allah masih sempat :) dan tak perlu dibanding-bandingkan, kerana setiap anak ada ‘masa’ mereka sendiri.
Ummi juga nak minta maaf, segala kekurangan tetap pada diri ummi. Yang selalu tak sempat, tak boleh fokus, tak sistematik dan tak serius. Seiring masa berjalan, kitar kehidupan juga banyak yang berubah. Situasi ketika anak sorang tak sama bila anak dah ramai. Tanggungjawab, komitmen, fokus, bertambah dan perlu lebih bijak dalam membahagi masa. Adakala menemui jalan buntu :(
Pokoknya adalah al-Quran. Sebolehnya, sebagai ibubapa kita perlu perkenalkan al-quran pada anak-anak sejak mereka kecil. Al -quran perlu lebih ditekankan berbanding perkara lain. Insya Allah, jika al quran mereka ‘dapat’, yang lain-lain pasti sempat mereka kejar :)
Aku juga, bukan mahu memaksa diri dan anak-anak. Namun yang penting terus istiqamah mengajak dan mengajar. Semoga Allah sucikan hati anak-anak. Mudah mempelajar al quran, mudah menghafal al quran, dan berakhlak dengan akhlak al quran. Insya Allah.
Masih belum terlambat kan :)
Moga hati sentiasa terpaut pada al Quran
No comments:
Post a Comment