HOMESCHOOLING 2015

HOMESCHOOLING 2016

HOMESCHOOLING 2017/2018

RESEPI UMMU ANAS

Sunday, 6 August 2017

ONLINE SHOPPING : TREND MASA KINI

Online shopping memang dah jadi trend zaman kini :) ianya mudah, cepat dan tak perlu habiskan masa tenaga nak singgah dari satu kedai ke kedai yang lain, dan tak perlu keluarkan cash. Yang penting dalam bank tu ada duitlah kan :)

Boleh dikatakan majoriti orang sekarang, dan di mana saja pelusuk negeri, mereka sering atau pernah melakukan transaksi atas talian. Atau untuk membeli barang-barang tertentu sahaja.

Aku juga sudah seringkali membeli di atas talian. Antara barang yang pernah dibeli secara online ialah tudung, baju, buku, dan supplement. Tapi tak banyak dan tak kerap lah seperti orang lain. Maklumlah aku kan hanya suri rumah :) duit dalam bank tak banyak macam orang yang bekerja. Nak beli pun kadang-kadang tanya suami dulu, kadang-kadang senyap-senyap je :)

Berbeza dengan suamiku, dia yang lebih kerap membeli barangan secara online. Dari barang keperluan rumah, accessories kereta, mainan dan pakaian anak-anak, dan keperluan dirinya. 

Dari sudut baiknya, membeli secara online ni akan menjimatkan masa kita kerana tak perlu bergerak dari kedai ke kedai. Klik-klik, kita dah masuk banyak kedai :) Tak perlu juga nak keluarkan duit dari mesin atm, mungkin lebih selamat bila tak perlu pegang cash di tangan.

Tapi dari sudut kurang baiknya pula, kita cenderung untuk berbelanja lebih, meskipun bukan keperluan kita. Maklumlah, membeli belah kini hanya di hujung jari sahaja. Tak perlu penat-penat keluar. Iklan di internet pula, terlalu banyak tak terkira. Bisnes online meningkat hari ke hari. Sesuai dengan permintaan pelanggan yang lebih selesa membuat order dari rumah. 

Malah, online shopping boleh juga mengakibatkan kita tertipu. Pembayaran dibuat, barang tak dapat-dapat. Dalam bab ni, kita perlu sangat berhati-hati. Pastikan kita membeli dari peniaga yang boleh diyakini. 

Apapun, kesimpulannya zaman teknologi serba canggih ni, banyak urusan manusia dapat dipermudahkan. Segalanya ada di hujung jari :) dan online shopping adalah salah satunya. Teknologi juga, jika dimanfaatkan dengan sebaiknya, ia sangat membantu urusan kita seharian. Tapi jika disalahguna, buruk padahnya. Oleh itu, beringatlah sentiasa, dan jangan berlebih-lebihan :)



Buku anak2 yg baru dibeli secara online :)

No comments:

Post a Comment