Bukan senang untukku meng'idola'kan seseorang. Meski ramai manusia hebat di luar sana, dan banyak sebab untuk aku kagum pada mereka, namun tidak sehingga menjadikan mereka sebagai idola.
Idola maknanya kita sangat terinspirasi dengan dia, dan berharap menjadi seperti dia :)
Aku seorang ibu dan isteri, yang sangat mengkagumi seorang ibu dan isteri juga, yang kulihat hebat dalam dunia pendidikan anak-anak. Dia tampil di dalam masyarakat, dengan bukti yang dia telah berjaya hasil dari doa dan usahanya sejak dulu.
Dialah Puan Siti Nadzrah Sheh Omar yang dikenal sebagai ummi profazz. Bukan calang orang, anak-anaknya (5orang-lelaki) semua hafiz al-quran dan bekerjaya hebat. Jika sekadar bekerjaya hebat, mungkin dah biasa sangat kita mendengarnya. Tapi bila siap dengan pakej hafiz al-quran, hati mana yang tidak kagum? Masya Allah.
Lebih membuatkan aku terinspirasi, ialah kerana dia juga mendidik anak-anak dengan tangan dan usaha sendiri, iaitu dengan memilih untuk menjadi suri rumahtangga sepenuh masa meskipun ada kelayakan untuk memiliki kerjaya hebat di luar.
Baru setahun lebih kurang, aku mengenali wanita hebat ini. Itu pun hanya follow di fb. Banyak update status dari ummi profazz yang mendidik jiwa seorang ibu sepertiku. Banyak yang aku setuju, dan banyak pula apa yang di highlight kan itu, mewakili suara hatiku.
Ummi profazz dan anak-anaknya juga ada terbitkan beberapa buah buku, namun hanya satu yang baru sempat aku beli. Sudah khatam buku tersebut (Membina Keluarga Profazz 2). Buku yang sangat berbaloi untuk dibaca, padat dengan ilmu dan rujukan. Tak sabar nak dapatkan buku yang lain juga. Tapi masih belum ada kesempatan nak menyinggah kedai buku :) boleh juga beli online, tapi lebih berminat menjejak kaki ke kedai buku. Boleh sambil-sambil cuci mata dan jeling-jeling buku lain juga :D
Itulah, serba sedikit coretan tentang 'idola'. Walaupun pasti tak sehebat ummi profazz, namun akan aku jadikan kisah, cerita dan nasihat darinya sebagai inspirasi untuk bangkit dan terus gagah melangkah, sebagai isteri dan ibu. Yang pastinya bukan terbaik, tetapi ingin menjadi lebih baik :)
Aku juga menyimpan cita-cita, untuk melahirkan anak-anak profazz. Insya Allah. Doakan ya! :)
No comments:
Post a Comment