Alhamdulillah tahun ini diberi kesempatan untuk menyambut syawal berikutnya.
Syawal tahun ini diraikan dengan penuh kemeriahan dan kesyukuran. Malah, Syawal ini dirasakan tersangat sibuk :b
Raya tahun ini diraikan di kampung halamanku, bersama keluarga besarku. Tahun ni juga dah raya berlima; syawal pertama untuk Miqdad yang sudah berusia 8 bulan. Alhamdulillah :)
Membakar lemang
Hari terakhir Ramadhan masih berada di kampung mertuaku di KB. Suamiku dan adik beradiknya bertungkus-lumus membakar lemang. Agak berbeza tahun ini, kerana tahun -tahun yang lalu, ia adalah tugas arwah abang iparku. Ingat lemang, pasti ingat dia. Tapi tahun ini dia dah tiada bersama. Agak kesayuan rasa di hati. Apatah lagi di hati mak dan adik beradiknya :,
Raya pertama di Kg Legeh
Malam syawal, bertolak ke rumahku di Jeli. Aku siapkan rendang ayam untuk hidangan nasi lemak di hari raya. Pagi raya, masak nasi lemak, sambal dan bahan yang lain. Alhamdulillah menjadi juga nasi lemak walaupun agak kelam kabut kesuntukan masa. Dengan anak kecil lagi :)
Hari raya diraikan bersama keluargaku yng tercinta. Seperti biasa, rumah ibuku menjadi tumpuan selepas solat sunat hari raya. Kemudian ke rumah kakakku, dan petangnya ke rumah abangku. Tak lupa merakam gambar bersama, sebagai kenangan.
Hari raya kedua, tak kemana-mana. Suamiku pula dah kembali bekerja. Alhamdulillah, dapat juga berhari raya bersama.
Majlis perkahwinan Fadhlullah dan Aina
Hari raya ketiga, hari pernikahan anak saudaraku Fadhlullah di Alor Lintang, Besut. Aku dan anak-anak jug ikut serta menaiki kereta bersama abang ipar, kakak dan mek. Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan meriah. Balik dari rumah pengantin, singgah berehat di Pantai Bukit Keluang. Pergi dan balik, jalan raya penuh sesak. Maklumlah musim raya. Jam 9 malam baru sampai rumah. Hari yang sangat memenatkan! Fuh..
Hari raya ke-4 juga tak kemana-mana. Sekadar ke rumah abang. Esok akan diadakan majlis sambut menantu di rumahnya pula. Maka, hari ini semua orang busy membuat persiapan.
Raya kelima, kenduri di rumah abangku. Aku dan anak-anak juga pastinya hadir bersama ke majlis tersebut. Alhamdulillah, majlis juga berjalan lancar. Hari ini juga menyambut kepulangan suamiku dari Bintulu. Malamnya, bertolak ke Kota Bharu untuk beraya di kampung mertuaku pula.
Di rumah nenek
Di rumah mak, masih meriah dengan cucu-cucu mak. Namun seorang demi seorang anak mak (bersama family) kembali ke rumah masing-masing kerana cuti sudah berakhir.
Kami yang terakhir meninggalkan rumah mak. Rumah yang sebelum ini meriah, menjadi sedikit sunyi. Tapi masih ada anak-anak yang menemani mak.
Kami bertolak pulang ke Semenyih pada 10 Syawal. Cuti sekolah Anas juga sudah berakhir. Itupun dah terrlebih cutinya :D
Alhamdulillah. Syawal tahun ini diraikan penuh meriah bersama kesyukuran. Dapat bersama ahli keluarga jauh dan dekat, dan menerima kehadiran ahli keluarga baru juga :)
Anak-anakku juga tak kurang seronok dan gembira, dapat bermain bersama sepupu yang ramai. Dapat duit raya juga. Alhamdulillah:)
No comments:
Post a Comment