121016:11Muharram1438h
Bangun pagi seperti biasa. Ada rasa tak selesa di perut. Semalam juga kerap terjaga kerana rasa sakit umpama senggugut yang kerap menyerang. Sakit tak kuat sangat, dan tak lama.
Dari pagi, rasa 'senggugut' itu kerap mengganggu. Cuba catat jarak masa antara rasa sakit itu. 7-8 minit sekali, dan rasa sakit antara 3-6 saat saja. Keliru jadinya walaupun dah anak dua ':) tapi kerana sakitnya tak terlalu kuat, cuba bertahan dan belum bersedia untuk ke hospital. Pada suami juga tak diberitahu keadaan diri secara detail.
Pagi ini juga sakit perut dan cirit birit. Makan jadi kurang berselera. Dalam debaran dan harapan, diberi ketenangan oleh satu tulisan bahawa 'kesakitan semasa bersalin adalah hakikatnya di dalam kemampuan kita. Meski kita dan wanita lain mengalami pengalaman berbeza, namun itu sebenarnya adalah yang terbaik dari Allah buat kita, kerana dia yang lebih Mengetahui berbanding kita'. Maka bertenanglah.. lalui detik kelahiran itu dengan hati yang tenang, pasrah dan redha. Pertolongan Allah akan sentiasa ada buat kita.
Sakit seperti senggugut ini berterusan sepanjang hari. Masih boleh bertahan dan berjalan. Ia hadir untuk beberapa saat dan hilang untuk beberapa minit. Kadang, tak perasan bila dah berterusan on dan off. Sekali lagi mengira jarak masanya jam 2petang. Jarak 5-10 minit, dengan kiraan 5-8saat sakitnya. Masih belum masanya agaknya. Aku memilih untuk rehat dan bertenang dulu di rumah.
Petang sehingga malam hari, masih rasa yang sama juga. Sakit on dan off.
Menunggu hari esok. Tiada pilihan lain, hospital akan menjadi tempat tujuku pada hari esok. Insya Allah aku bersedia.
Ya Allah.. permudahkanlah.
No comments:
Post a Comment