Alhamdulillah dah masuk 1 Oktober 2016, bersamaan 1 Muharram 1438H.
Sudah 4 hari Anas dan Mussaab berjauhan dengan abi. Insya Allah bakal bertemu esok :) Anas dan Mussab bangun jam 8++ pagi. Lewat bangun, kerana semalam pun dah lewat tidurnya. Anas buka mata, tapi tetap berbaring dan bergolek di tempat tidur. Selesema dan kurang selesa. Kesian Anas. Mussaab pula bangun dan terus bangkit ceria. Mulakan hati dengan berbalas voice message dengan abi yang masih di Bintulu. Keduanya ceria dapat mendengar suara abi :) lepas tu mandi dan breakfast dengan mi goreng dan teh o.
Jam 9.30, Anas minta nak main basikal di garaj. Mussaab juga main sama, sambil ummi perhatikan. Jam 10 pagi, naik semula ke aras rumah lepas Mussaab menangis dilanggar Anas secara tak sengaja. Mussaab request nak menonton Bob the train. Ummi buka video untuk Mussaab. Anas menonton sama. Dah bosan, Anas bermain basikal lagi. Kemudian baring bersama ummi di karpet. Mussaab masih setia menonton Bob the train.
Jam 11, ummi masuk ke dapur untuk masak. Anas request nak roti bakar. Ummi siapkan roti bakar untuk Anas dan Mussaab dulu. Anas dan Mussaab setia menanti di dapur. Siap bawa bantal lagi :D makan roti bakar sama sama. Mussaab minta pula nak makan kismis. Ummi ambil dan beri pada Mussaab. Habis kismis dimakannya. Kena mintak yang lain la dengan cik :) Lepas tu ummi sambung masak, Anas dan Mussaab keluar menonton semula. Anas buka video Peep pula.
Jam 12.45, ummi ajak makan tapi Anas dan Mussaab tak nak makan. Kenyang makan roti agaknya. Lepas makan, ummi potong kuku Anas dan Mussaab yang dah panjang. Lepas tu ummi bersiap untuk solat. Anas dan Mussaab bermain di bilik tidur. Habis sepahkan bantal. Main lompat lompat dan ketawa. Seronok sangat dapat main sesuka hati. Ummi ajak tidur pun tak hirau. Abi menaiki penerbangan ke klia jam 1.40. Semoga dipermudahkan urusan abi.
Jam 2 lebih, ummi terlelap. Anas dan Mussaab masih leka bermain. Asyik keluar masuk bilik. Jam 3 petang ummi terjaga, sunyi je. Anas dan Mussaab entah ke mana. Ummi bangun mencari di dapur. Alhamdulillah, ada di kedai mek tengah makan mamee. Ummi kembali ke bilik.
Jam 3.15, Anas masuk bilik minta nak makan nasi. Lapar la, tadi tak makan. Jam 3.30, masuk ke dapur. Ummi goreng ayam dibantu Anas. Dah siap, Anas makan nasi. Mussaab hanya makan ayam. Abi juga dah selamat sampai di Klia. Alhamdulillah.
Dah kenyang makan, semua keluar. Anas on laptop dan buka video. Ummi solat asar dan baca al Quran. Lepas tu Anas dan Mussaab mandi. Mandi sekejap saja, dan keluar berpakain. Lepas tu tengok video lagi. Ummi angkat kain di jemuran dan lipat kain di bilik. Anas dan Mussaab juga masuk ke bilik membawa blocks, dan asyik bermain dengan blocks pula.
Jam 6 petang, cik datang. Anas dan Mussaab ikut cik kait rambutan di bawah. Mussaab makan beberapa biji rambutan.
Jam 6.30, Anas dan Mussaab ikut ke rumah cik. Anas berbasikal, Mussaab jalan bersama cik. Masuk waktu maghrib, balik semula ke rumah mek. Buka video dan menonton lagi. Lepas tu Anas baca al Quran bersama ummi. Masih surah an Naziaat (ayat1-20). Dalam usaha untuk melancarkan lagi bacaan Anas. Lepas tu sambung menonton lagi bersama Mussaab.
Lepas isyak, ummi ke dapur. Rasa lapar pula. Ummi makan nasi. Anas tak nak makan. Mussaab juga makan bersama ummi. Lepas tu menangis dan mengamuk tak tahu sebab apa. Mengantuk agaknya. Masih sempat main belon dan menonton. Cik juga ada melayan Mussaab.
Jam 10 malam, masih tak mahu tidur. Ummi pula sibuk kemas pakain kerana abi dah on the way balik dengan abg fahmi dan mak su. Abi suruh siap siap untuk ke KB esok pagi. Ummi biarkan Anas dan Mussab yang masih menonton video train dan aeroplane. Hampir selesai kerja ummi, ummi off laptop dan paksa juga Anas dan Mussaab tidur. Dah mengantuk sangat dah. Letak je kepala, terus lena. Ummi siapkan kerja. Kemas apa yang patut. Lepas tu turut baring bersama Anas dan Mussaab.
Merenung anak anak ummi yang sedang lena, hati dibuai sayu. Hari ini ummi mungkin banyak abaikan Anas dan Mussaab. Anas dan Mussaab banyak buat hal sendiri. Maafkan ummi ya sayang. Anak anak ummi sangat sangat baik. Semoga Allah merahmati Anas dan Mussaab dan semoga perjalanan hidup Anas dan Mussaab sentiasa bersama petunjukNya. Aameen
Tak lupa yang bakal lahir ini, semoga Allah merahmatimu juga sayang. Insya Allah tak lama lagi kita akan bertemu. Ummi, abi, Anas dan Mussaab menanti kehadiranmu :)

No comments:
Post a Comment