091016:08Muharram1438h
Terjaga dari tidur jam 1.30 pagi. Rasa baby mengeras. Tak sakit, tetapi agak kerap. Dalam kiraan 5 minit sekali lebih kurang. Agak konfius. Adakah kontraksi bersalin? Tapi tak sakit sangat. Cuma rasa bagai ditekan-tekan di bahagian bawah perut ni. Mata dah hilang rasa mengantuk. Cuba untuk terus mengira jarak baby mengeras. Dekat pukul 2, dah tak mengeras lagi. Cuba pejamkan mata semula, dan sambung tidur. Dalam tidur, kerap juga terjaga kerana merasakan baby mengeras. Tapi dah tak mengira jaraknya, kerana tak rasa sakit, dan mata masih mengantuk. Sambung tidur hingga ke subuh :)
Bangun pagi, rasa macam biasa je. Solat subuh, sarapan dan ke klinik untuk cek bp. Pagi ni rasa ringan saja badan. Mungkinkah baby dah turun ke laluannya? Perasaan ni macam dah bersedia sangat dah untuk bersalin :)
Sampai ke petang, tak ada apa-apa juga nampaknya :} baby masih tak nak keluar lagi. Tapi petang tu dah rasa sakit-sakit di bahagian bawah perut ni. Sakit umpama senggugut. Tapi datang sekejap-sekejap saja. Konfius juga, adakah sakit seperti senggugut ini juga merupakan kontraksi bersalin?
Malamnya, macam biasa dapat duduk santai releks-releks tanpa rasa sakit. Baby tetap aktif. Rasa ditekan-tekan, dan tak sakit. Biasa biasa je.
Maka hari ini berakhir juga, dengan penantian yang masih belum berakhir. Masa untuk terus bertenang, berdoa, bertaubat, bermuhasabah dan berzikir.
Semoga Allah permudahkan. Aameen
No comments:
Post a Comment