Hari ini: 39 minggu 2 hari. Kurang 5 hari lagi penantian kami.
Pun begitu, masih belum ada tanda tanda yang aku akan bersalin dalam masa terdekat. Hanya sesekali merasakan anakku mengeras, diiringi rasa sakit yang tak begitu kuat, dan kadang kadang tak sakit pun. Tanda tanda lain, masih tiada.
Dalam tak sabar menanti kehadirannya, hati tak lepas juga dari rasa berdebar untuk menghadapi saat itu sekali lagi. Namun aku cuba tenangkan hati, dan terus memujuk hati. Insya Allah everything will be ok!
Sepanjang minggu lepas, badan terasa penat dan lesu. Sakit pinggang, dan bermasalah air kencing kotor. Masa tu risau sangat jika tiba masanya untuk bersalin saat itu, memang rasa tak berdaya sangat.
Alhamdulillah hari ini rasanya keadaan dah makin baik. Nak kata sihat bertenaga, tak juga. Memang dah sarat sangat dah ni. Cuma lebih baik dari hari hari yang lepas. Nak bersalin pun rasanya dah bersedia ':)
Di saat akhir ini, aku cuba banyakkan bertenang, berdoa dan fikirkan yang baik baik saja. Tak nak fikir yang bukan bukan. Cuba sebaik mungkin untuk bersedia menghadapi saat melahirkan si kecil ini.
Walaupun anak ketiga, debaran tetap ada. Cuma mungkin lebih bersedia, kerana pengalaman lepas banyak mengajar diri. Cuba juga bertanya dan membaca pengalaman orang lain, namun hakikatnya pengalaman kita dan mereka tak sama. Malah, walau berkali kita mengandung dan bersalin pun, pengalaman pasti berbeza.
Hari ini masih dalam penantian. Penantian yang belum pasti, namun insya Allah dah tak lama. Aku cuba untuk banyakkan berdoa, bertaubat, membaca al Quran, meraih redha suami, sabar dengan anak anak, fikirkan yang baik baik, dan yang sewaktu dengannya. Semoga Allah permudahkan segalanya.
Ummi rindu nak jumpa anak ummi :')
No comments:
Post a Comment