HOMESCHOOLING 2015

HOMESCHOOLING 2016

HOMESCHOOLING 2017/2018

RESEPI UMMU ANAS

Monday, 10 October 2016

ANAS DAN MUSSAAB: SEMINGGU DI RUMAH NENEK

Sudah seminggu Anas dan Mussaab berada di rumah nenek di Kota Bharu. Jika sebelum ini hampir sebulan di rumah mek, kini di rumah nenek pula. Masih menanti kelahiran adik Anas dan Mussaab. Insya Allah tak lama lagi. 

Di rumah nenek, pastinya berbeza dengan rumah mek. Tambahan pula abi dah mula bercuti, bertambah kelainannya. Kini dunia Anas dan Mussaab lebih terbuka, dan rutin harian turut berubah. Insya Allah, akan terus belajar sesuatu yang baru dalam hidup :)

Apa aktiviti Anas dan Mussaab sepanjang seminggu ini? Macam macam :D tambahan pula sempat jumpa sepupu yang tinggal di gerik, abg Haqeem, abg Rizqin dan abg Aqeel. Meriah rumah nenek bila ramai cucu. 

Lepas tu kerap juga sepupu yang tinggal di Wakaf Bharu datang main dengan Anas dan Mussaab. Umar, Uwais dan Urwah, antara sepupu yang paling akrab dan umur pun dekat sebaya je. Menonton video, main basikal, main air, berlari, bergurau, dan macam macam lagi. Sekali lagi, meriah rumah nenek dengan kehadiran mereka.

Tapi di kebanyakan masa, hanya tinggal Anas, Mussaab, ummi, abi dan nenek saja di rumah. Bersama abi, Anas dan Mussaab berbasikal, melayan video, dan dengan abi juga la nak macam-macam. Kalau tak terlayan, menangis dan merengek tak sudah. Macam tulah bila abi ada di rumah :)

Emm.. dengan ummi.. banyak tugas ummi dah diserah pada abi. Ummi banyak releks, kerana badan pun dah tak berapa gagah nak melayan. Bacaan al Quran dah beberapa hari tertangguh. Buku juga jarang-jarang diselak, tapi ada juga la ketika datang mood nak bersama buku. Yang selebihnya, main dan menonton video sajalah. 

Ada juga keluar sesekali. Teman ummi ke klinik, ke pantai, ke taman, dan ke supermarket. Setakat ini, itulah yang sempat. Selebihnya hanya duduk di rumah nenek. 

Oh, lupa. Kat rumah nenek ada seorang lagi sepupu Anas dan Mussaab iaitu Ruqayyah. Baby girl, baru berusia 6 bulan. Comel dan masih terlalu kecil untuk diajak bermain :) Ruqayyah juga jarang ada di rumah nenek, kerana setiap hari dihantar ke rumah pengasuhnya. Hari minggu je ada kat rumah nenek.

Seminggu sudah berlalu. Mungkin Anas dan Mussaab akan berada lebih lama lagi, memandangkan ummi akan bersalin di sini. Lagipun cuti abi juga masih panjang, insya Allah. 

Anas dan Mussaab, tahun ini banyak habiskan masa di kampung. Kira beruntung jugalah, dapat selalu balik kampung jumpa mek dan nenek. Kalau dah bersekolah nanti, mungkin agak sukar untuk kerap balik ke kampung. Di kesempatan yang ada, kita cuba untuk selalu balik kampung menjenguk mek dan nenek, insya Allah. 

Momen terindah Anas dan Mussaab:

 

 

 

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment