Hari ini Anas dan Mussaab masih di kampung. Hari ini juga tanpa abi yang bertolak ke Bintulu hari ini.
Anas bangun jam 6.30, Mussaab pula bangun jam 7 pagi. Breakfast dengan nasi lemak yang cik beli. Lepas tu mandi. Anas kemudian mencapai buku kamus bergambar arab-English- melayu dan tekun membaca seorang diri. Mussaab pula minta ummi ambilkan mainan yang tersimpan di atas almari. Asyik juga dengan mainannya.
Jam 10 pagi, Anas minta mak buat aktiviti. Ummi cadangkan Anas melukis. Kertas, permainan vehicles, pensel warna, dan buku diangkut keluar ke beranda memandangkan Anas nak melukis di situ. Mussaab juga ikut sekali. Anas melukis vehicles, Mussaab membaca buku, ummi juga join bersama melukis dan membaca. Dah bosan melukis, makan keropok dan minum air. Lepas tu turun berjalan di halaman rumah. Mussaab pula terpijak tahi ayam. Ummi bersihkan Mussaab dan cuci lantai yang kotor itu. Anas tolong ummi. Lepas tu naik ke atas rumah. Ummi dah rasa penat nak bergerak.
Jam 11, baring baring di atas karpet. Buat hal masing masing. Anas tengok video di hand phone, Mussaab pula dengan iPad. Abi juga sudah bertolak ke Bintulu, penerbangan 11 pagi. Kemudian Anas on laptop dan mula menonton video. Asyik seketika dengan video.
Jam 12, Ummi panggil makan nasi. Anas makan dengan berselera, kerana dari tadi mengadu lapar. Mussaab pula leka dengan mainan yang bersepah di luar. Bermain mengikut imaginasinya. Puas Ummi panggil makan, akhirnya masuk juga ke dapur dan makan sedikit. Kemudian keluar dan sambung bermain. Ummi tunggu hingga Anas selesai makan. Lepas makan, Anas juga keluar dan main bersama Mussaab. Ummi perhatikan saja Anas dan Mussaab yang bermain dan menyusun blocks.
Jam 12, Ummi panggil makan nasi. Anas makan dengan berselera, kerana dari tadi mengadu lapar. Mussaab pula leka dengan mainan yang bersepah di luar. Bermain mengikut imaginasinya. Puas Ummi panggil makan, akhirnya masuk juga ke dapur dan makan sedikit. Kemudian keluar dan sambung bermain. Ummi tunggu hingga Anas selesai makan. Lepas makan, Anas juga keluar dan main bersama Mussaab. Ummi perhatikan saja Anas dan Mussaab yang bermain dan menyusun blocks.
Pukul 1, mandi dan main air. Selesai mandi dan berpakaian, kembali menonton video. Ummi mandi dan solat zohor. Anas kemudian masuk dan minta nak makan lagi. Hai, baru je lepas makan nasi. Ummi minta nak rehat dulu, dan janji akan bagi Anas makan lepas Ummi bangun. Ummi terjaga dari tidur jam 3.30, Anas dan Mussaab keduanya sedang lena di kiri dan kanan Ummi.
Ummi solat Asar, Anas dan Mussaab masih lena. Anas bangun kemudiannya, minta nak makan roti dan sosej. Ummi masakkan untuk Anas. Kemudian Mussaab pula bangun dan makan bersama Anas. Lepas tu aktiviti bermain pula, hingga jam 6.30 petang. Lepas main, mandi. Ummi juga bersiap untuk solat maghrib. Anas on laptop dan menonton video lagi. Lepas tu baca al Quran, dan sambung menonton lagi.
Lepas isyak, Ummi ke dapur dan masak nasi goreng. Anas dan Mussaab makan roti lagi. Tak nak makan nasi. Habis 2 keping roti setiap sorang. Lepas tu keluar dan menonton video lagi. Keduanya masih cergas dan tak mengantuk. Maklumlah dah tidur banyak siang tadi. Jam 10 malam, masih belum teringatkan tidur. Sempat lagi Anas buka buku, buat aktiviti maze dan membaca. Mussaab juga turut serta.
Jam 10.30, Ummi tutup lampu dan semua bersiap tidur. Jam 11 malam, keduanya sudah lena. Alhamdulillah.
Syukur di atas kehidupan hari ini. Anak anak Ummi sihat dan baik baik saja. Sentiasa Ceria dan cergas. Syukur Ummi panjatkan pada Allah yang Maha Memberi. Semoga hari esok Akan lebih baik buat kita semua. Insya Allah.
No comments:
Post a Comment