HOMESCHOOLING 2015

HOMESCHOOLING 2016

HOMESCHOOLING 2017/2018

RESEPI UMMU ANAS

Saturday, 11 June 2016

DIARI ANAKKU: 110616

Hari ini 6 Ramadhan 1437H. Alhamdulillah sudah masuk hari keenam umat Islam berpuasa.

Hari ini abi kembali ke Labuan menyambung kerja setelah lebih seminggu bercuti di kampung. Ummi dan abi bersahur bersama. Anas turut bangun jam 4.45 pagi, menangis bila menyedari ummi dan abi tiada di bilik. Abi membawa Anas turun ke bawah. Anas berbaring di sofa. Mussaab masih lena di katil.

Anas turut bersahur, makan honey star yang menjadi kesukaannya. Mata dah tak mengantuk lagi. Turut ke mana ummi dan abi pergi. Selepas solat subuh, abi bersiap untuk ke airport. Jam 6.30 pagi, teksi datang menjemput abi. Anas bersalaman dengan abi. Abi mencium Mussaab yang masih lena sebelum meninggalkan rumah. Flight abi akan berlepas jam 9 pagi. Semoga Allah permudahkan urusan abi.

Anas buat hal sendiri sementara ummi buat kerja menggunakan computer. Anas melukis dan membaca buku.

Mussaab bangun jam 7.10 pagi. Bangun tanpa tangisan, mendapatkan ummi dan duduk di ribaan ummi yang sedang update blog. Duduk sehingga ummi selesai.

Jam 7.30, teman ummi jemur Toto di luar. Kemudian naik ke atas untuk mandi. Lepas mandi turun ke bawah semula. Ummi nak suapkan nasi, tapi Anas dan Mussaab tak nak makan. Anas masih belum berselera. Semalam demam, masih belum menjamah nasi. Makan yang ringan ringan saja. Diiringi alunan bacaan juzuk amma dari computer yang ummi buka sejak tadi.

Ummi kembali menghadap computer. Anas kembali melukis. Mussaab bermain sendiri. Lepas tu minta roti nutella pula. Sekeping untuk Anas, dan sekeping untuk Mussaab. Makan dan minum air. Kemudian bermain lagi. Ummi keluar jemur kain di luar. Kemudian kemas rumah yang masih bersepah. Ummi dah rasa penat dan mengantuk. Jam 9.30, ummi ajak Anas dan Mussaab naik ke atas untuk berehat.

Anas dan Mussaab leka dengan mainan pula di atas. Bermain train yang abi baru beli. Mulanya bermain dengan baik, lepas tu berebut pula. Mussaab menangis, dan datang kepada ummi. Ummi pujuk pun tak jalan. Akhirnya pujuk dengan membaca buku bersamanya. Anas turut serta bersama buku kegemarannya. Mulanya baca buku 'Dot and Dash play together' untuk Mussaab, kemudian buku 'Big Book of my World' bersama Anas pula. Mood keduanya dah ok semula. Sama sama mengunyah mister potato chips yang dibeli semalam.

Jam 11 pagi, ummi turun ke bawah semula untuk memasak. Anas dan Mussaab seperti biasa akan mengikut ke mana ummi pergi. Ummi buka video Elmo dan keduanya leka menonton. Ummi masak tomyam, antara lauk kegemaran Anas. Mudahan Anas berselera makan.

Pukul 11.40 abi sudah sampai Labuan. Alhamdulillah. Pukul 12, ummi suapkan Anas dan Mussaab makan. Alhamdulillah berselera makan. Mussaab juga sejak akhir akhir ini sudah semakin berselera makan, dan tidak cerewet. Makan apa saja yang ada. Alhamdulillah sayur juga makan. Tak seperti Anas yang agak memilih. Lepas makan nasi, hirup kuah tomyam pula. Anas suapkan Mussaab juga.

Selesai makan kembali menonton Elmo. Ummi biarkan saja, sementara menanti masuk waktu Zohor.

Pukul 1, naik ke atas. Anas dan Mussaab mandi. Lepas mandi main di bilik mainan. Pukul 2, masuk bilik untuk tidur. Ummi yang terlena dulu. Sedar sedar Anas dan Mussaab sudah lena di kiri dan kanan ummi. Sangat lena tidurnya.

Ummi bangun untuk solat asar. Anas dan Mussaab masih lena. Lepas ummi solat, Mussaab bangun. Anas masih sangat lena. Maklum saja, tadi bangun bersahur bersama ummi dan abi, lepas tu langsung tak tidur.

Mussaab ikut ummi turun ke bawah. Ummi memasak untuk berbuka, Mussaab bermain sendirian. Bila puas, panjat ke atas almari dan campak barang. Ummi bukakan video 'bob the train' untuk Mussaab. Selesai masak ummi angkat kain di jemuran. Lepas tu naik ke atas bersama Mussaab. Jam 6.30, Anas masih belum bangun. Kejut pun masih tak bangun juga. Ummi mandikan Mussaab.

Jam 7 malam, sudah hampir nak berbuka puasa barulah Anas bangun dari tidurnya. Bangun mendapatkan ummi dan Mussaab di bawah. Ummi suapkan nasi pada Anas dan Mussaab sementara menunggu waktu berbuka. Sudah makan, Anas dan Mussaab bermain sendiri. Sambil mendengar surah yang ummi pasang di computer. Ketika ummi berbuka puasa, Anas dan Mussaab naik bermain di atas.

Jam 8 malam, Anas naik mandi. Mussaab juga turut serta walaupun dah mandi. Terpaksa ummi tunggu sehingga keduanya selesai, sebelum ummi solat maghrib. Selepas solat Maghrib ummi ajar Anas al Quran. Masih membaca surah an Nazi'at. Setelah sekian lama bercuti sejak balik kampung. Selepas itu Anas minta roti nutella, Mussaab pula menangis nak susu. Tak dapat nak buatkan susu untuk Mussaab kerana susu dah habis. Ummi bagi Mussaab pepero, dan Mussaab makan sehingga habis. Ummi naik ke atas untuk solat isyak dan terawih.

Kemudian Anas dan Mussaab naik ke atas juga. Menunggu sehingga ummi selesai solat dan ajak turun ke bawah lagi. Masing masing tak mengantuk lagi. Maklumlah, tadi dah tidur lama. Ummi bukakan video TuTiTu kegemaran Mussaab. Anas pula asyik melukis.

Pukul 10 malam, masih tak mengantuk. Mussaab masih di depan computer. Anas masih bersama kertas dan pensel. Ummi dah mula mengantuk. Tapi perlu menemani keduanya di bawah. Tak lama kemudian ada jiran datang ke rumah, minta ambilkan Olly di rumahnya. Alhamdulillah, jumpa juga Olly yang menghilang sejak petang tadi. Anas membawa Olly pulang ke rumah.

Pukul 11 malam, ummi ajak naik ke atas untuk tidur walaupun keduanya masih aktif bertenaga. Masuk ke dalam bilik, ummi tutup pintu dan padamkan lampu. Namun di dalam gelap juga masih aktif bermain dan bergurau. Bertanya macam macam. Ummi dah tersangat mengantuk. Layan sehingga ummi yang tertidur dulu. Entah pukul berapa keduanya terlena. Alhamdulillah...akhirnya tidur juga. 

Beginilah rutin biasa di rumah, saat abi tiada. Semoga hari esok menjanjikan sesuatu yang lebih baik buat Anas dan Mussaab. Ummi love u all very much!!!









No comments:

Post a Comment