HOMESCHOOLING 2015

HOMESCHOOLING 2016

HOMESCHOOLING 2017/2018

RESEPI UMMU ANAS

Tuesday, 17 May 2016

UNPLANNED VACATION: TAMBUN-CAMERON HIGHLAND

Sebuah perjalanan yang panjang...

12/05/16
Alkisah kami sekeluarga bercadang untuk pulang ke kampung seperti biasa. Menghabiskan cuti suami yang masih panjang.


Suami menempah hotel di Lost World og Tambun tanpa memaklumkan padaku. Kami bertolak dari rumah jam 11 pagi dan tiba di Tambun jam 3 petang, selepas berhenti makan dan solat. Pertama kali kami menjejakkan kaki di situ.

Selesai check in hotel dan rehat sebentar di bilik, suamiku membawa anak anakku mandi di kolam. Aku yang kepenatan hanya menunggu di bilik. Rugi jugak rasanya, tak dapat sertai mereka. Tak dapat nak tangkap gambar anak anakku yang pastinya seronok bermain air.

Jam 6.30, suami dan anak anak balik ke hotel. Masing masing bercerita keriangan. Selepas solat maghrib, kami keluar ke Ipoh untuk dinner. Survey kedai yang menarik, dan akhirnya kami singgah di restoren nasi lemak ayam kampung. Kami 4 beranak kenyang makan nasi goreng dan sotong goreng tepung. Terus pulang ke rumah memandangkan masing masing sudah penat dan mengantuk. Balik ke hotel, dan tidur.....


hanya gambar ini yang sempat dirakam





13/05/16
Check out hotel jam 9pagi. Hajat mahu terus pulang ke kampung bertemu orang tua. Hingga sampai ke Kuala Kangsar untuk breakfast, mak mertuaku call dan mengajak kami ke Cameron Highland. Mak dan adik iparku sekeluarga sudah di dalam perjalanan. Kami selesaikan breakfast, dan kembali ke Ipoh dan seterusnya menuju ke Cameron Highland, tanpa dirancang.


Sempat suamiku menunaikan solat Jumaat di Masjid Brinchang, Cameron Highland. Selepas itu kami ke kedai berdekatan 'time tunnel' yang biasa kami singgah untuk menikmati minum kopi strawberry sementara menunggu mak dan adik iparku sampai. Kami memesan kopi dan roti bakar. Juga membeli jagung, strawberry coklat dan ubi rebus. Enak menikmatinya di dalam cuaca sejuk dan hujan.

Selepas itu kami ke homestay yang telah ditempah oleh adik iparku. Homestay yang terletak di tanah rata, berdekatan dengan Heritage Hotel. Oleh kerana kami yang sampai dulu, maka kami yang perlu mengambil kunci daripada tuan rumah tersebut. Apartment 3 bilik yang agak luas dan selesa. Rm230 untuk satu malam. Cukup untuk kami semua berkumpul dan berteduh.

Adik iparku Azim dan keluarganya sampai kemudian. Selepas itu mak dan adik iparku Nur. Kami berbual seketika. Menanti seorang lagi adik iparku Asma bersama suami dan anaknya yang bakal menyusul.

Selepas azan asar, keluargaku dan keluarga Azim beserta 3 anak saudara (anak abang dan kakak) keluar menuju ke Big Red Strawberry Farm yang terletak di Brinchang. Mak dan Nur tidak ikut serta kerana ingin berehat. Kami menaiki kereta suamiku.

Menikmati strawberry coklat, scones, teh dan smoothies di Big Red Strawberry Farm pula sambil menikmati keindahan di situ. Sempat bergambar bersama. Anak anak juga riang bermain dan berlari bersama sepupu yang ramai.

Selepas itu kami ke pasar malam Brinchang dan ke pasaraya jimat untuk membeli makanan dan keperluan. Sudah Maghrib, Asma juga sudah sampai. Kami sama sama menuju ke homestay.

Malam itu, kami makan stemaboat di homestay saja. Homade stemaboat, sedap juga. Malam itu tak ke mana mana kerana masing masing sudah kepenatan dan tidur awal.

























































14/05/16
Hari kedua kami di Cameron Highland. Puas dapat tidur malam tadi. Penat juga sudah hilang. Masing masing bertenaga semula.


Jam 7 pagi, semua orang kecuali aku dan anakku Mussaab dan juga anak saudara Aqila, menuju ke Taman berhampiran Taman Agrotek Mardi untuk menikmati udara pagi. Anas juga pergi bersama abinya. Aku menunggu Mussaab yang masih lena, dan memasak makaroni goreng di rumah. Masak sekadarnya.

Mereka pulang lebih kurang pukul 8.30 pagi. Menikmati breakfast nasi lemak sambal strawberry abang dan makaroni goreng. Alhamdulillah kenyang. Bersiap dan berkemas untuk meninggalkan rumah.

Kami keluar pukul 10 pagi. Siap membawa semua barang kepunyaan kerana akan terus pulang ke rumah. Kami singgah membeli jagung dan sayuran di pasar. Selepas itu ke ladang teh boh pula sebagai destinasi terakhir kami. Pertama kali keluargaku ke sini. Agak lama kami berada di sini. Menikmati pemandangan yang cantik, mnghirup teh dan menjamu kek di cafe, juga melawat kilang teh di situ.

Kami akhirnya meninggalkan tanah Cameron Highland sekitar jam 1 petang. Berhenti solat jamak zohor dan asar di masjid Lojing. Berpisah dengan mak dan adik adik ipar semuanya menuju ke destinasi masing masing. Kami menuju ke Jeli, Nur ke Gua Musang, Azim, Asma dan mak ke Kota Bharu.

Kami tiba di Jeli jam 6 petang. Singgah makan di kedai makan berdekatan stesyen petronas Jeli, seterusnya pulang rumah ibuku. Alhamdulillah, selamat sampai akhirnya. Penat dan puas hati. Dapat bersama keluarga walaupun bukan semuanya dapat berkumpul bersama. Maklum saja, suamiku mempunyai 10 adik beradik. Sukar untuk bersama semuanya. Last sekali berkumpul, masa kenduri adik iparku Asma pada bulan 6 tahun lepas. Entah bila lagi dapat berkumpul semua. Pastinya mak yang paling happy dan bahagia :)


Setakat ini saja coretan kisah percutian kami yang tidak dirancang. Alhamdulillah dipermudahkan segalanya buat kami. Masing masing happy, terutamanya anak anakku dan sepupu sepupunya. Percutian ini menjadi hiburan buat mereka, dan kenangan manis buat kami semua. Alhamdulillah :)






























No comments:

Post a Comment