Alhamdulillah photobook yang aku order dari anak saudaraku Hamizah sampai ke tangan juga akhirnya. 3 buah photobook semuanya. Suka sangat , kerana dah lama tak mencuci gambar macam dulu dulu.
Tak taulah, rasanya sekarang orang dah tak cuci gambar macam dulu lagi dah. Semua gambar hanya menjadi simpanan peribadi di dalam handphone atau komputer/laptop atau pendrive/hard disk. Samalah macam aku, sejak menamatkan pengajian aku dah tak rajin mencuci gambar lagi. Gambar kawin, gambar percutian, gambar anak anak, semuanya hanya disimpan di dalam komputer dan hard disk.
Tapi baru baru ini anak saudaraku buat bisnes photobook yang berjaya menarik minat aku untuk satukan gambar gambar yang banyak ni di dalam satu buku/album. Tapi takdelah sampai semua gambar. Kosnya agak mahal juga, tapi berbaloilah..
Satu photobook aku kumpulkan gambar keluargaku, satu lagi gambar keluarga mertuaku, dan satu lagi gambar anakku sejak dari umur mereka satu hari hingga sekarang. Rasa gembira sangat tengok hasilnya. Tak puas membelek dari awal hingga akhir. Rindu dan asyik.. Maklum saja, gambar tersimpan seribu satu kenangan :) tambahan pula tengok gambar anak anak yang dulunya kecil dan comel sangat, kini dah besar dan cerdik.. Siapa tak rindu :,)
Apapun semoga ia menjadi simpanan dan kenangan untuk masa yang akan datang. Boleh juga disimpan untuk tatapan generasi yang akan datang :)
No comments:
Post a Comment