11/12/10: Hari ini dalam sejarah :)
Hari pernikahan, hari perkenalan, dan hari ini sebuah percintaan bermula :b
5 years ago, pada tarikh inilah aku dan dia diijabkabulkan. Pada hari inilah aku dan dia mulakan perkenalan dalam keadaan keduanya malu malu kucing :D
Hari ini, pada tarikh yang sama, perkenalan dan percintaan kami genap 5 tahun. Tiada kata seindah bahasa, selain lafaz ALHAMDULILLAH di atas ikatan dan jalinan yang indah ini.
Hari ini juga, setelah 5 tahun berkongsi hidup dan menjalin cinta, aku dan dia bahagia bersama dua permata hati kami. ALHAMDULILLAH, mereka pengikat kasih dan penghibur kami.
Untuk kesekian kali ALHAMDULILLAH, dia insan yang terbaik yang Allah hadirkan dalam hidupku. Dia bukan insan sempurna, namun dia yang paling sempurna buatku. Banyak bersabar dengan sikapku, berjiwa pengasih dan penyayang, sering menghiburkan, rajin membantu, memilih damai berbanding marah, nasihat dan tutur bicara yang baik dan menyenangkan... Itulah dia yang kukenal.
Aku dan dia, bukan juga pasangan sempurna. 5 tahun bersama, tetap ada ujiannya. Asam garam rumahtangga sudah banyak yang kami kecapi. Pahit manis, suka duka, semuanya sudah dirasa. Dalam mengharapkan sebuah kebahagiaan dan ketenangan, adakala ribut melanda juga. Namun Itulah masa untuk bermuhasabah dan menilai tingkat iman diri.
Sejujurnya, 5 tahun ini tempoh yang membahagiakan diriku. Bahagia dikurniakan suami sepertinya, bahagia dianugerahkan cahaya mata yang cerdik dan soleh. Mereka adalah kehidupanku. Mereka hadir membawa sinar dalam hidupku.
Di hari ulangtahun ini, dia tiada di sisiku. Namun perpisahan kami hanya kerana jarak. Dia masih sebagai suamiku, dan aku isterinya. Kami masih pasangan kekasih yang akan terus bercinta dan berkenalan dengan izinNya. Insya Allah
Harapanku di hari ulangtahun ini, ingin menjadi isteri dan ibu yang lebih baik dan matang. Ingin menjadi isteri dan ibu yang membahagiakan. Insya Allah...
SEMOGA ALLAH MEMBERKATI IKATAN SUCI INI..
KURNIAKAN KAMI SAKINAH, MAWADDAH WA RAHMAH...
Aameen
No comments:
Post a Comment