HOMESCHOOLING 2015

HOMESCHOOLING 2016

HOMESCHOOLING 2017/2018

RESEPI UMMU ANAS

Monday, 17 August 2015

MASA UNTUK DIRI



Sebagai seorang isteri dan ibu...  Berapa jamkah sehari masa diperuntukkan untuk diri sendiri :):):)

Seorang ibu, isteri dan suri rumahtangga sepertiku ini hampir setiap masa bersama dengan anak anak. 24 jam sehari, bersama mereka dan menguruskan segala hal ehwal mereka. Maklum saja, anak masih kecil dan belum mampu berdikari sendiri.

Masa banyak dihabiskan di rumah, melakukan segala kerja rumah dengan kudrat sendiri. Anak anak kecil dah pasti sangat memerlukan perhatian ibu hampir setiap masa. Segala keperluan dan hajat mereka hanya dapat dipenuhi dengan bantuan ibu. 

Nak mandi, nak makan, nak tidur dan nak bermain juga. Ummi perlu sentiasa ada. Masa banyak dihabiskan untuk anak anak di samping membuat kerja kerja lain saat anak asyik bermain dan menonton, atau saat mereka 'ok' ummi tiada bersama.

Bagaimana pula masa untuk diri sendiri? Untuk baring dan berehat, untuk memanjakan diri, berhibur dan mendandan diri? Sukar untuk dijawab... Hampir tiada masa untuk semua itu :) mana taknya, jika mahu tidur perlu pastikan keduanya tidur juga. Sedangkan masa tidur mereka itu juga, waktu yang kita dapat melakukan kerja yang tak dapat atau tak sempat dilakukan saat mereka berjaga. 



Pasti ibu ibu lain turut merasakan bagaimana ruang 'privacy' hampir tiada, bila mempunyai anak kecil. Nak mandi dan menunaikan hajat di toilet pun terkejar kejar dan perlu bersegera. Kalau lama sangat, adalah yang akan mengetuk pintu dan memanggil manggil. Hai anak...

Untuk berhibur pula, barangkali cukuplah anak anak yang menjadi penghibur. Tv sudah lama dilupakan. Mungkin seminggu sekali saja membukanya, atau saat mereka dah lena di malam hari. Namun hiburan apa sangat, mata pun dah mengantuk. Astro dah lama ditamatkan perkhidmatan. Artis baru atau lagu baru, minta maaf lah tak tahu :D

Bab berhias diri dan berdandan juga satu hal yang sukar bila berada di rumah. Di bilik air pun tak boleh lama lama, nak menghadap cermin pun sama juga. Tak sempat nak belek belek muka dan tubuh. Banyak perkara lain yang mahu dikejar. Bila masuk dapur, habis segala bau dah melekat di badan :p

Situasi seperti di atas pasti bukan aku saja yang menghadapinya. Pasti ramai, namun pasti ada yang dapat melakukan segalanya dengan baik di samping berjaya memberi masa untuk diri sendiri. 

Namun aku tetap bersyukur meskipun kehidupan seorang suri rumah adalah seperti ini. Biarlah banyak masa dihabiskan untuk anak anak dan rumahtangga, hingga hampir hampir tiada masa untuk diri sendiri. Yang penting anak anak mendapat cukup perhatian, dan rumahtangga terjaga, meskipun aku akui belum cukup cekap dalam menguruskan semuanya sendirian.

Dan bersyukur, di saat suami ada di rumah dia banyak membantu dan meringankan tugas. 

Syukur juga bab ibadah masih dapat dilaksanakan, terutama bab solat 5 waktu dan membaca al Quran. Masih ada ruang untuk mengisi rohani, dan ada ruang untuk terus bermuhasabah diri.

Hakikatnya, aku hanya insan lemah yang banyak kekurangan. Segala yang aku tidak mampu, hadir kerana kelemahan diriku sendiri. Jadi di sini bukan untuk merungut atau melepaskan stress. Ini juga masa untuk muhasabah diri. Ya, anak anak dah lena. Ummi ada masa untuk menulis di blog ini :)

Alhamdulillah atas setiap sesuatu :):):)

No comments:

Post a Comment