Pejam celik pejam celik... ramadhan berkunjung lagi. Alhamdulillah dipanjangkan usia bertemu tetamu yang mulia ini.
Ramadhan tahun ini sedikit berbeza. Tahun lepas masih di Melaka. Tahun ini pula di Kajang. Tahun lepas berempat, tahun ni masih juga berempat tapi pekerjaan baru suami membuatkan dia jarang berada di rumah untuk berbuka bersama. Esok juga, terpaksa berbuka tanpanya di hari pertama puasa. Tak mengapalah, aku mengerti kerjayanya. Alhamdulillah masih boleh bersahur bersama sebelum dia terbang ke Labuan esok hari..
Alhamdulillah Ramadhan ke 5 sebagai seorang isteri, dan Ramadhan ke 4 sebagai seorang isteri dan ibu. Puasa tahun ini juga masih lagi sebagai seorang ibu yang menyusu buat anakku yang berusia 1 tahun 5 bulan. Semoga Allah permudahkan seperti tahun tahun lepas. oh ya, 4 tahun berturut turut berpuasa dalam keadaan menyusu, dan pernah sekali menyusu dan mengandung dalam satu masa :) :) :) insya Allah tahun ini juga kuat untuk sempurnakan puasaku..
Aku seperti insan lain juga, mengharapkan Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang lebih baik dari sebelum ini. ingin menghayati sepenuhnya erti puasa, dan menjauhkan diri dari segala perkara yang melalaikan aku dari Tuhan, dan keluarga. Semoga Ramadhan kali ini juga menjadi titik permulaan untuk berubah menjadi yang lebih baik, memperbaiki kepincangan diri, membetulkan mana yang silap, dan menjernihkan mana yang keruh, insya Allah.. semoga Allah tunjukkan jalan dan permudahkan segalanya.
Tahun depan entah berjumpa Ramadhan lagi ataupun tidak. Walapun usia boleh dikatakan masih muda, namun mati tak mengenal usia. takut atau tidak mahu, tetap perlu menghadapi kematian. Kerana itu aku mengharapkan diri ini dapat menyempurnakan puasa dengan sebaiknya, dan memohon sesungguhnya agar segala dosa diampunkan. Allah saja yang tahu, bahawa diri ini insan yang berdosa, sering berbuat dosa :'(
Ramadhan kareem buat semua. Semoga Allah menerima segala amalan kita :)
Aidilfitri pertama Anas Zaydan; 2012
No comments:
Post a Comment