HOMESCHOOLING 2015

HOMESCHOOLING 2016

HOMESCHOOLING 2017/2018

RESEPI UMMU ANAS

Friday, 12 June 2015

PASTI ADA JALAN KELUARNYA

Di Jumaat terakhir sebelum melangkah ke bulan mulia Ramadhan. Tinggal beberapa detik saja lagi... Semoga bersua..

Hari ini dan semalam.. Hati diusik kebimbangan dan ketakutan lagi. Kerana suami jauh di perantauan..kerana anak anak dalam keadaan kurang sihat..

Bukan kali pertama anak tidak sihat ketika ketiadaan suami. Sudah beberapa kali teruji begini.yalah, setiap kali anak tidak sihat, setiap kali tu jugak hati ibu dalam kebimbangan.

Anas dalam keadaan batuk dan selesema. Petang tadi bertaik mata, tak selesa matanya. Malam ni pula badan panas nak demam. Dengan thermometer pun takde, main agak jelah suhunya. Dengan penuh harapan dan doa, semoga demam biasa saja. Dan semoga anakku kuat menghadapinya:'(

Mussaab juga dalam keadaan batuk dan selesema. Batuk hingga serak suaranya. Tapi nampak macam dah ok sikit dari hari hari sebelumnya. Alhamdulillah..semoga makin baik anakku..

Hati masih tetap dalam kerisauan. Memantau keadaan Anas yang baru lena..semoga nyenyak tidurnya malam ini. Bimbang dia akan kerap terjaga dan menangis..ya Allah, kasihani anakku..



Situasi cemas begini kerap terjadi..sangat menguji diri. Namun sering juga Allah melepaskan diri ini dari segala kesulitan.. Saat kebergantungan hanya pada Dia... Dan Allah tak pernah membiarkan hamba ini terkapai kapai tanpa pertolonganNya :'( meskipun berhadapan dengan kesulitan, tetap ada jalan keluarnya..

Bahkan bukan saja keadaan anak membimbangkan.. Semalam tiba tiba pulak charger hp patah, bateri dah tinggal 1/3 saja. Kalau habis bateri, tak dapat nak contact sesiapa dah, kalau ada kecemasan. Tapi Alhamdulillah Allah Maha Kuasa, petang tadi saat bateri dah tinggal nyawa nyawa Ikan, terjumpa charger lama, setelah habis tempat diselongkar. Alhamdulillah...syukur sangat ya Allah :'/

Hari ini jugak, nak dijadikan cerita, gas memasak habis pulak. Nasib baik ada lauk lauk semalam yang boleh dipanaskan (pakai microwave) dan dimakan.. Esok tak tahu bagaimana. Kena cari no telefon gas. Tapi it's a small matter kot. Tunggu suami balik pun boleh. Syukur ada air fryer...kira makan goreng goreng sajalah nanti :)

Kesimpulannya, tiada seorang pun yang hidup tanpa diuji. Saat aku merasakan sesak dan berat menghadapi segala kesulitan ini, aku terlupa bahawa insan si luar sana lebih berat ujian dan dugaan yang perlu mereka hadapi. Terbayang mangsa peperangan dan kemusnahan. Menangisi kematian anak di depan mata, menahan sebak merawat anak yang cedera, hilang tempat tinggal, menangung lapar dan dahaga. Allahu:'( 

Allah.. Aku sedar setiap kesulitan yang hadir pasti beriringan dengannya kemudahan...

Bertabahlah wahai insan yang sedang diuji.. Teruskan bersabar dan berdoa. Jika pengharapan kita hanya pada Allah. Pasti kita tidak akan kecewa...percayalah..

No comments:

Post a Comment