'JUNE 15'
Bicara kali ini tentang ibu mertua dan ipar duai. Sepanjang seminggu di kampung, aku dikelilingi mereka yang bergelar ibu mertua dan ipar duai.
Bicara kali ini tentang ibu mertua dan ipar duai. Sepanjang seminggu di kampung, aku dikelilingi mereka yang bergelar ibu mertua dan ipar duai.
Alhamdulillah dikurniakan ibu mertua yang baik dan tidak membezakan antara kami para menantu :) mak punya 10 anak dan 7 menantu (dah masuk 8 orang) Agak besar juga la keluarga ni.
Aku menantu perempuan yang kelima, yang terakhir di kalangan menantu perempuan. Namun aku sedar , aku bukanlah menantu kesayangan, atau menantu favorite mak. Dalam hati mak pasti ada yang istimewa, walaupun bukan aku. Siapalah yang bertuah tu ya? Namun sekurang-kurangnya layanan mak sama saja antara menantunya. Tak ada yang kurang atau lebih. Meskipun ada, sekurang-kurangnya tidak sampai ada yang terasa hati. Alhamdulillah.. Bersyukurlah tak ada kes makan hati dengan mertua seperti kebanyakan orang yang pernah kubaca dan dengar kisah mereka. Dan harapanku, semoga mak juga tidak terasa hati dengan segala sikap dan layananku selama ini.
Kerana tak kurang rungutan yang aku dengar tentang hubungan yang kurang baik dengan mertua. Hingga ada yang sampai bergaduh dan tak bertegur sapa. Kenapalah sampai jadi macam tu sekali. Sedangkan ibu mertua ibarat ibu kita sendiri. Belum masuk bab ipar duai lagi. Hubungan yang sepatutnya baik jadi sebaliknya. Semuanya salah siapa??
Aku, meskipun tidaklah terlalu rapat dan mesra dengan ipar duai, dan jarang jarang bertemu juga, namun Alhamdulillah hubungan kami baik dan tiada sengketa. Tak menyakitkan hati, tak juga memendam rasa pada sesiapa. Meski mungkin berbeza, kami cuba untuk saling menghormati. Insya Allah...
Dalam keluarga yang besar ini juga aku cuba sebaiknya untuk menyesuaikan diri, meski aku sedar terlalu banyak kekuranganku dan barangkali apa yang mereka rasa dengan kehadiranku. Namun aku percaya, mereka juga cuba sesuaikan diri denganku, dan ikhlas menerima diri ini sebagai sebahagian dari mereka.
Aku sejujurnya merasa sangat bersyukur dikurniakan ibu mertua dan ipar duai seperti mereka. Alhamdulillah kerana aku tenang dengan kehidupan hari ini, meskipun aku sedar masih banyak perkara yang perlu diperbaiki.
Kuncinya, sedaya upaya memberikan penghormatan tertinggi pada ibu mertua yang juga merupakan wanita pertama dalam kehidupan suami.jangan sakiti hatinya, dan tiada hak pun untuk menunjukkan kita lebih baik darinya. Dia yang melahirkan suami kita, membesarkan, mendidik dan mendoakan suami kita saban hari. Jangan sesekali menyakiti hatinya baik dengan kata kata atau perbuatan..
Begitu juga ipar duai semuanya. Mereka sebahagian dari kehidupan suami. Cintai suami dengan menghormati setiap ahli keluarganya dan usah berbicara tentang keburukan mereka meskipun terlihat. Bicara yang baik baik saja. Dan doakan agar antara kita dan mereka tidak sehingga bersengketa apalagi membenci. Nau'zubillah...
Ya, kita, suami, mertua dan ipar duai..pasti antara kita berbeza, namun jangan sehingga bersengketa. Insya Allah kita cuba hidup dengan saling berkasih sayang dan saling mendoakan
Sepintas lalu di kampung
No comments:
Post a Comment