Alhamdulillah kerana dikurniakan seorang suami dan anak anak. Alhamdulillah di atas kehidupan yang Allah kurniakan sehingga hari ini, bersama mereka yang sangat dicintai.
Aku percaya, bukan hanya aku...anda juga sedang berbahagia bersama yang tersayang. Dan didoakan sentiasa bahagia bersama rahmat dan redha Allah..
Para isteri dan ibu...bahagiakan kita punya suami? Dia insan terbaik yang Allah hadirkan dalam hidup kita..maka, bersyukurlah... Hadirkan rasa beruntung dan bertuah kerana Allah takdirkan dia untuk melengkapi hidup kita..
Berapa tahun agaknya anda sudah bersama suami? Adakah sudah lama, atau masih baru...Perkongsian hidupku dan suami hampir memasuki usia 4 tahun setengah.rasanya, masih baru :)Masih banyak yang masih perlu dipelajari, dan masih belum sepenuhnya mengenal pasangan. Namun Alhamdulillah, bersyukur dikurniakan 2 orang cahayamata..
Hanya ingin mencoret tentang dia yang bernama suami, juga ayah..ya, dia manusia biasa juga.. Ada kelebihan dan kekurangan. Ada keistimewaan dan kelemahan..
Wahai para isteri yang baik dan solehah, apakata kita lupakan kelemahan dan kekurangannya.. Abaikan, usah diingat ingat, kalau ia membuat fikiran celaru. Delete... Pergi jauh dari kotak memori. Fokuskan pada kebaikan dan keistimewaannya.. Yang aku percaya, jauh lebih banyak berbanding kekurangannya...jangan dilupa, dia manusia biasa seperti kita..
Hanya fikirkan yang baik baik saja tentangnya..yang boleh membuat diri tersenyum, dan bahagia...yang kurang baik itu ketepikan, kalau mampu, lupakan terus...kita pun juga, bukanlah baik sangat...
Apa yang membuat dirimu bahagia tentang sikap dan cara suamimu...hanya fikirkan yang itu. Hanya pandang yang itu...
Aku sejujurnya, sangat bahagia apabila melihat suamiku benar benar menjadi seorang ayah buat anak anakku. Ya betul dia memang ayahnya..tapi aku teramat bahagia melihat dia menyayangi dan melayani anak anak, dan membuat anak anak gembira bila bersamanya..teramat bahagia dan terharu, kerana aku tahu, di luar sana begitu ramai anak anak yang ketandusan kasih sayang dan layanan istimewa seorang ayah.. Mereka hanya punya ayah, tapi tidak menikmati kasih sayang dan perhatian ayah..oleh itu aku bersyukur dan bahagia melihat anak anakku ceria dan gembira dengan kehadiran seorang ayah. Aku sangat terharu, dan sangat berterima kasih..kerana dia berusaha menjadi ayah yang baik untuk anak anakku.
Satu kebaikan yang aku pandang dari seorang suami, cukup untuk aku merasakan aku bersyukur dan bahagia menjadi isterinya. Belum dilihat pada kebaikan yang lain, yang sudah tentu masih banyak dan lebih banyak, berbanding kekurangannya...
Lalu mengapa...ada yang tidak bersyukur dan tidak bahagia dikurniakan kehidupan bersama seorang suami. Apakah kerana kamu lebih memandang kepada kekurangannya berbanding kelebihannya..kamu fokus pada apa yang dia tidak mampu, berbanding apa yang dia ada..barangkali begitu...
Lupakan kekurangan pasangan...kerana kita menikahi seorang manusia, yang pastinya lengkap dengan kelebihan dan kekurangan. Tiada seorang pun yang sempurna.. Dulu mengapa menikahinya, apakah yang dinampak hanya yang baik baik dan manis manis saja. Bukankah lumrah kehidupan berumahtangga...ada pahit dan manisnya.. Hanya perlu bijak mengendali segala rasa itu... Insya Allah kita akan menikmati kebahagiaan bersama..
Ya..lupakan yang buruk buruk tentang pasangan..ingat yang baik baik saja...insya Allah hati akan terus mencintai...
Di samping tak lupa, doakan suami agar menjadi hamba yang akrab dengan Allah. Andai baik hubungannya dengan Allah, insya Allah baik seluruhnya dia dipandangan mata kita..kerana kita percaya, lelaki inilah yang akan membimbing kita, menjadi imam kita, seterusnya memimpin kita hingga ke syurga.. Insya Allah.
No comments:
Post a Comment