Masuk hari ke 6 di kampung bersama anak anak. Suami pula seperti biasa memenuhi tuntutan kerjanya. Kali ini perginya lama, sehingga seminggu. Insya Allah bakal bertemu tak lama lagi...
Bukan saja aku, Anas dan Mussaab juga pasti sangat merindui abi. Suasana meriah di sini tak mampu menutup kerinduan terhadap abi.
Anas dan Mussaab, anak anak yang sangat dekat dan rapat dengan ummi. Tak boleh berenggang dengan ummi, terutamanya Anas. Pantang ummi tiada, tercari cari, hingga meraung raung. Di rumah sendiri pun dah macam tu, kat rumah orang apatah lagi. Walaupun asyik bermain dengan sepupu, ketiadaan ummi sangat meresahkannya. Oh anakku...
Kerana itu ummi perlu report setiap pergerakan ummi. Nak mandi, nak jemur kain, nak ke dapur, nak ke sana sini, semua Anas perlu tahu. Kalau tak... Akan kedengaranlah jerit pekiknya memanggil ummi..satu rumah bergema :) semua orang pun dah masak dengan perangai Anas :)
Petang semalam Anas tidur di bilik nenek. Terrrtidur..ummi pun tak sangka. Tapi ummi tahulah Anas mengantuk sangat. Ummi biarkan saja Anas di bilik nenek. Ummi tidur dengan adik.
Tapi... Ummi rasa sukar untuk tidur, teringat kan Anas. Rindu pada Anas. Ye lah, selalunya Anas tidur dengan ummi. Anas, ummi, adik...tak pernah berpisah. Rasa lain sangat bila Anas tiada. Ummi rinduu sangat. Sayu sangat hati...walaupun Anas kat bilik nenek je, tapi rasa jauhhh sangat. Oh..rindu pada anakku.
Barangkali, ketakutan Anas di saat ummi tiada, begini juga rasanya...seperti ummi takut akan kehilangan Anas. Padahal ummi tahu, Anas tak tinggalkan ummi. Anas juga perlu tahu, ummi tak akan meninggalkan Anas kecuali dengan takdir Allah. Oh, ummi sedih sangat :'(
Barangkali juga kerana Anas hanya ada ummi di saat abi jauh. Anas takut ummi juga akan pergi. Kerana itu Anas tak boleh ummi tiada di pandangan Anas. Ummi juga begitu... Walaupun Anas keluar dengan abi, ummi asyik terfikirkan Anas. Itupun dengan abi, insan yang paling ummi percayai... Kalau dengan orang lain, lagilah ummi resah gelisah..
Dalam ketiadaan Anas, ummi berfikir panjang dan cuba memahami hati Anas. Cuba merasai ketakutan Anas. Ummi merasa sedih dan sayu. Betapa ikatan ibu dan anak itu terlalu dekat dan rapat. Perpisahan walau seketika bisa mengundang resah dan gelisah.
Aku cuba memahami hati ibu yang bekerja, terpaksa meninggalkan anak dalam tempoh yang agak lama. Meskipun lama kelemaan menjadi biasa, namun perpisahan buat pertama kalinya pasti menyakitkan, dan mengambil masa untuk menjadi 'biasa'..
Biarlah ummi terus menjadi seorang isteri dan ibu yang 'bekerja' di rumah. Kerana anak anak ummi tetap menjadi yang utama buat ummi. Di masa yang akan datang tiada siapa yang akan tahu. Namun ummi mendoakan agar ummi diberi usia, kekuatan, kesihatan dan kesabaran untuk terus menjaga anak anak ummi.
*cerita Anas di atas mewakili cerita Mussaab dan adik adik yang lain.
...Ummi bahagia menjadi ibu...
No comments:
Post a Comment