Abu Hurairah radiallahu meriwayatkan Nabi SAW bersabda: bukan lah kekayaan itu dengan banyaknya harta, tetapi kekayaan itu ialah apabila diri berasa cukup. (Sahih Al-bukhari, kitab al-riqaq, hadis no: 6446)
'Abdullah bin 'Amru bin Al-'As radiallahu anhu meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda: berjayalah sesiapa yg Islam, lalu dikurniakan rezeki yg cukup, dan Allah menjadikan dia berasa cukup dengan apa yang diberikan kepadanya. (Sahib Muslim, kitab az-zakat, hadis no: 2293)
Kita juga tahu, bahawa sifat manusia ini sentiasa merasa tidak cukup dengan apa yang ada. Mahukan yang lebih dan lebih lagi... Ya Allah, aku akui, adakalanya aku juga begitu. Mengaharapkan yang tiada, sedangkan yang ada Jarang sekali disyukuri. Sering merasa tidak cukup, sedangkan di mata orang lain barangkali kita sudah lebih dari cukup. Tapi begitulah nafsu...sentiasa mahu lagi dan ingin tambah lagi...bukan ingin tuju kepada sesiapa, kerana aku juga di dalam golongan itu.
Kadang memikirkannya, terasa malu dan berdosa pada Tuhan. Diri mahukan segalanya, sedang amal tak bertambah, syukur jarang sekali. Padahal segalanya kurniaan Allah. Allah memberi dan terus memberi. Setiap saat setiap detik, walau dalam diri tidak menyedarinya. Allah...berdosanya diri..
Mengapa rasa tidak cukup?? Mengapa inginkan yang lebih?? Mungkin kerana sering memandang pada mereka yang punya lebih dari kita, Dan terlupa pada hakikatnya, ,masih ramai yang kurang berbanding kita. Ya Allah...terus dihambat rasa berdosa.. Yang didambakan itu hanya material semata, bukan sesuatu yang akan menambahkan nilai kita di sisi Tuhan. Tanyalah pada diri, pasti setiap orang ada kemahuan tersendiri yang masih belum dipenuhi kan. Ya.... Aku juga. Aku hanya ingin mengajak diriku Dan kalian untuk berfikir, segala yang diinginkan itu adalah untuk apa? Dan untuk siapa? Kita sendiri punya jawapannya...alangkah malangnya, jika semua itu adalah semata mata untuk kepuasan nafsu sendiri...
Aku tidak mengatakan salah pada mereka yang menyimpan impian untuk memiliki rumah besar dan mewah, kereta mewah, pakaian cantik, perabot mahal, dan sebagainya... Milikilah apa saja mengikut kemampuan diri, asal saja tidak sehingga membazir, kegunaanya di batas syariat, bukan tujuan kemegahan dan untuk nilaian manusia, dan seumpamanya. dan jangan sesekali hingga kita lupa untuk bersyukur kepada yang Memberi, dan sehingga terlupa pada mereka yang tiada...ingatlah juga, setiap harta dan segala yang Allah kurniakan kepada kita akan dipersoalkan selepas kematian kita nanti.. Ya..ingat mati. Terus terputus keinginan yg bersifat duniawi...
Muhasabah... Diriku juga perlu sering bermuhasabah. Kerana aku juga antara manusia yang sering kalah Dan terpedaya dengan bisikan nafsu...
Ya Allah..tanamkan sifat qanaah di dalam diri kami. Moga tetap merasa cukup Dan bersyukur dengan apa yang kami ada. Ameen
No comments:
Post a Comment