Tahun 2017, masih belum ada entri tentang homeschooling anak-anak. Bukan bermakna dah tak buat homeschooling, cuma kesuntukan masa untuk update setiap aktiviti belajar.
Walaupun Anas dah sekolah, pembelajaran di rumah masih juga berjalan meskipun tanpa jadual dan tanpa sistem khusus. Hanya pelajaran spontan. Dari buku-buku sedia ada, video, pemerhatian, dan sebagainya.
Banyak juga pelajaran dan tajuk baru yang berjaya disentuh bersama anak-anak. Anas yang sedia pandai membaca, dah mula meneroka dan membaca sendiri buku-buku yang ada. Video baru masih didownload, dan Anas juga banyak timbulkan persoalan di atas rasa ingin tahunya.
Antara topik baru yang Anas belajar ialah Volcano, Tsunami, Tornado and Hurricane, Types of clouds, Capital cities of Malaysia, ensiklopedia al-Quran, abacus, dll.
Ummi agak tidak sempat untuk fokus mengajar, cuma pada sela waktu tertentu saja. Fokus juga tak boleh lama, dek sibuk dengan adik kecil dan urusan rumah.
Mussaab pula banyak belajar dari video dan abangnya Anas. Banyak juga yang dia dapat, dalam tak sempat nak fokus pada dia seorang.
Bab al-Quran, Anas banyak belajar di sekolah, mengulangkaji Iqra' agar lebih baik bacaannya. Di rumah, ummi ajarkan bacaan juzuk amma dari awal, tidak lagi fokus pada hafazan. Mussaab juga, lagi sukar untuk minta duduk dan membaca al-Quran. Di waktu-waktu tertentu, ummi hanya biarkan video bacaan al-Quran diulang baca berkali-kali dengan harapan anak-anak akan dapat 'tangkap' sedikit sebanyak.
Miqdad juga ummi dah mula perkenalkan huruf Hijaiyah sejak usianya 4 bulan. Ummi tak guna flash card, sebab banyak yang dah hilang. Hanya dengan bantuan video yang sedia ada, dan yang ummi buat sendiri pakai hp. Insya Allah, Miqdad juga dah hampir mengenal huruf-huruf al-Quran.
Ummi cuba sekadar yang termampu, dalam keterbatasan waktu ini. Semoga anak-anak mendapat pendidikan yang baik dan bermanfaat dari rumah ini sendiri, dari tangan dan usaha ummi yang sekadarnya ini.
Semoga Allah permudahkan. Semoga anak-anak ummi menjadi insan yang mencintai ilmu, dan sentiasa ada keinginan untuk tahu dan untuk belajar. Insya Allah.
No comments:
Post a Comment